Wednesday, August 11, 2010

SaLaM RaMaDhaN

Assalammualaikum....,

Wah dah lama betui mama tak hapdet blog mama ni. Mama ada masalah kesihatan baru-baru ni. Mama gugur untuk kali kedua pada tahun ini. Tak maulah mama ingat lagi. Sedih rasanya. malas nak bercerita.

Sempena bulan Ramadhan ni, mama nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh family mama dan kawan2 mama termasuklah kawan2 mama di alam siber ini. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk mengejar dan melakukan segala kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini. Semoga kita akan diberkati ALLAH.

Tahun ni, memandangkan usia Arif dah pun 5 tahun, mama dah mula melatih Arif berpuasa. Semalam (10 Ogos 2010), mama dah ajarkan anak sulung kesayangan mama ni niat berpuasa dan hari ni Arif mula berpuasa buat pertama kalinya dalam hidup Arif. Doa mama semoga Arif akan tabah dan kuat menjalani ibadah puasa. Disebabkan nak pujuk Arif untuk hari ini, mama dah pun berjanji akan bawak Arif pi Pasar Ramadhan hari ni dan apa yg Arif nak makan, mama akan belikan. Hihihihi.....Arif tak dibenarkan beli Kebab ya sebab mama risau kalau Arif gemuk nanti.

Oklah, sampai di sini dulu catitan mama untuk anak2 mama dan kawan2 mama.
Bye.
Wassalam.

2 comments:

  1. bersabar dengan dugaan yang datang . huhu

    ReplyDelete
  2. ucapan takziah utk mama yer..
    insyaallah... sampai masa..ada rezeki adik utk arif.

    ReplyDelete