Monday, December 6, 2010

Sehari sebelum Banjir - kami @ Mc Donald

Assalamalaikum wbt.
Ni cerita lama yg mama baru update. Hari gambar2 ni diambil ialah pada 31 Oktober 2010 (ahad). Hari tu adalah hari selepas kejadian puting beliung yang melanda di taman rumah kami. Disebabkan hari berlakunya twisster tu hari khamis (281010), hujan. Jumaat tu mama kerja seperti biasa. Sabtu hari minggu tu kami berada di rumah tak pergi mana2 pun. Disebabkan kesian kat Arif n adik, ahad tu, abah ajak kami pergi lah makan Mc Donald di City Plaza Alor Setar. Kiranya sehari sebelum kejadian banjir besar di Utara tanah air kita. Sepanjang hari Ahad tu, hujan. Jadi, kami taklah ke mana2 lepas tu. Singgah sekejap di Kuala Kedah ja. Lepas tu terus balik Perlis cam biasa sbb esoknya mama kerja semula.
Jom makan aiskrim...


Adik Zakiah yg nakal..




Arif yg macho...hohoho


Uikss.....apa nih, main pegang2 pipi Arif pulak..


Twisster n diikuti banjir

Assalamualaikum wbt.

N3 ni lama mama simpan dalam ingatan mama sbb pertama kalinya mama tgk twisster (puting beliung) betui2 secara nyata. Kejadian ni berlaku pada hari Khamis 28 Oktober 2010. Petang tu entah kenapa hati mama tergerak untuk keluar awai sikit dari opis mama dalam pukui 4.40 petang. Selalunya mmg mama akan balik lewat. Dalam pukui 5.30 baru keluar pejabat. Mungkin ALLAH nak tunjuk depan mata mama.

Kejadian ni mula mama sedar masa berada di Roundabout Kangar. Mama nampak satu putaran angin yg putih makin menurun ke tanah. Abah sempat rakam kejadian tu. Makin lama, makin besar dia turun n semakin gelap warnanya. Masa mama dah sampai di area jejawi, mama nampak seolah2 twisster tu turun di area depan JPJ jejawi n sekelip mata lintas ke kawasan rumah Mak A'ah (Mak Arif) n Mak Nisya (Mak adik). Mama n abah berhenti kereta sbb risau nak redah jugak. Bila rasa cam dah reda, kami pi rumah mak aah. masa tu semua sampah berterbangan di udara. Takut tgk. kami terus dapatkan Arif. Arif menangis sbb takut tgk semua tu. Mak A'ah kata puting beliung tu pi kat area rumah Liza. Pastu, kami pi ambik pulak adik kat rumah mak dia. Adik tatau apa2 sbb sibuk main dalam rumah.

Lepas tu kami balik rumah. Hujan dah mula lebat. Sampai di teman taman rumah kami, sedih tgk rumah2 jiran kena teruk. Berdebar jugak tgk rumah kami bila mnampak awning di parking kereta patah. Sampai di rumah, mama terus masuk cek dalam rumah mungkin apa bumbung yg terangkat atau tingkap2 yang pecah. Alhamdulillah, cuma awning saja yg terkena. Tapi rumah jiran2 yg satu taman dengan rumah mama ni kena teruk. Byk bumbung diterbangkan puting beliung tu. Kesian sangat tgk. Tapi nak buat camana. Dah ketentuan ALLAH. Mungkin ada hikmahnya Allah nak tunjuk pada kita semua. Rupanya Allah nak turunkan banjir besar di Utara Semenanjung baru2 ni. Itu sebahagian dari tanda2 Kekuasaan ALLAH. Tapi ada nikmat ALLAH selepas banjir.


masa ni puting beliung masih di atas lagi. Masih kecik lagi masa ni. mama ada dekat area Esso taman sena.

Awning rumah kami yg patah.

Awning yg patah, n motor yg terbalik.


Kedai depan taman rumah mama



rumah depan rumah mama, teruk kena. Kesian depa. tercabut bumbung.


Rumah teres 2 tingkat di bahagian depan sekali taman ni. Teruk jugak kena.




My Hero - 1 st convocation

Assalamualaikum....,

Lama dah n3 ni mama simpan dalam ingatan mama. Tapi lambatnya mama nak upload gambar2 kenangan Arif (hero mama) ni dalam blog mama.

Oklah, disebabkan mama tak tau Arif akan konvo hari tu (Khamis - 11 November 2010), mama tak ambik cuti pun hari tu. Cuma pada hari Rabu tu ada Cikgu Arif (Cikgu Ani) call tanya mama, sama ada Arif dah sihat ka belum dan nak pi sekolah tak esok? Mama kata, ok, Arif akan pi sekolah cam biasa. Cikgu Ani pesan mintak Arif pakai baju sekolah cam tipa2 hari Isnin. Mama paham, n bagitau ok. Cikgu kata, ada majlis esok. Oklah si mama ni pun

Sebenarnya, dah lama Arif tak pi sekolah di sebabkan beberapa perkara. Rasanya dah sebulan Arif tak pi sekolah. Memula tu, sbb mama ada kursus 4 hari di Hadyai, lepas tu Arif n Zakiah terus balik dok di kg (Sg. Petani) minggu tu dan terus jadi 2 minggu Arif n adik di kg dok dgn tok ngan wan depa. Sakan la anak2 mama masa tu, bagai dunia depa yg punya bila sama2 dgn tok ngan wan depa. Emm....dah 2 minggu arif tak pi sekolah, pastu sambung pulak dgn banjir seminggu, nak buat camana kan, dah ketentuan Allah, pastu mai pulak musim tak sihat selepas banjir, Kami sekeluarga demam....lepas tu, oklah baru arif leh pi sekolah tapi malam rabu tu pulak arif sakit gigi. Gigi susu dia dok goyang2. Kesian kat anak mama. Sepanjang malam n pagi khamis (hari konvo) tu Arif tak makan apa2 pun. Kesian sangat, mama nak tolong cabut, mama takut. Disebabkan mama dah janji kat cikgu Ani arif akan pi sekolah, mama n abah pagi tu bawak Arif pi sekolah cam biasa lah jugak. Tapi kesian tgk Arif yg tak berani nak tutup mulut sbb sakit gigi. huhuhu.....tgklah gambar konvo Arif yang pertama dalam hidupnya mulut takleh tu tutup.



kesian kat Arif, masa ni dia sakit gigi.

Arif tak berani tutup mulut




1 st konvo Arif masa umur 5 tahun, sebelum ni Arif hanya ada gambar tadika kemas pakai baju konvo saja tapi tak konvo sbb baru 4 tahun masa tahun lepas (2009).

Wednesday, December 1, 2010

Kursus Kenegaraan (BTN)

(ni gambar masa first time check-in awai n masa ni boleh guna hpon lagi sbb urusetia belum bagi arahan takleh guna lagi masa tu. Ni saja gambar yg sempat ambik. nak tunjuk yg mama makan dalam tray n kole...hihihi....ni dgn kawan baru mama, nama suhaila cikgu sek. jeneri)

Assalamualaikum...



Kali ni entry mama pasal Kursus Kenegaraan BTN yang mama hadir minggu lepas. Huhuhuhu.......penatnya....masa dalam kursus tu. Tak ada masa senggang lagi tu. Huhuhu....sib baik mama bawak byk baju kurusng putih yang diwakafkan oleh kawan-kawan mama (Auntie Puya, Auntie Dayang n ramai lagi). Terima kasih ya untuk kawan2 mama yg dah buat baju kurung putih tu sebagai wakaf kepada kawan2 lain yang belum pi BTN lagi.


Emm....masa di BTN, hari pertama, mama check-in awai. Ewah, takut lewat, nanti malu pulak. Ya lah, mama ikut BTN tu bukan dalam kumpulan sekerja dgn mama. Hanya mama yg tunggal datang dari Kementerian Pengajian Tinggi. Yg lain kebanyakkan datang dari Kementerian Pendidikan (ramai sangat - al maklumlah time cuti sekolah), Kementerian Kesihatan (seorang saja) dan Kementerian Pertanian. Semua peserta seramai 110 orang (69 perempuan dan 41 lelaki)


Ok, BTN tu, mama kena buat di Pusat Latihan Naka, Kedah. Aduhai, tu la pertama kali mama sampai di Naka. Isi kandungan program tu mmg best, tapi letih n ngantuknya takyah cerita la, mama yg jenis tak tidoq siang pun boleh tertidoq masa kaum adam sembahyang Jumaat. Lega lah sat rasa. Bab mandi, kolah pun ada, bilik air separa n kolah lah jugak.


Bab kawad, biasa2 saja, tak lah lasak sangat. Bab Kembara?? Aduhai, betapa jauhnya tak tahu la mama nak agak tapi jauh lah jugak n rasa nak krem lah betis mama nih. Dah tu kena dalam hujan pulak tu...Huhuhu.....sampai cam nak demam dah mama nih, tapi dgn tekad nak lulus jugak BTN nih, mama dan semua peserta gagah jugak buat kecualilah kes ibu-ibu mengandung. Bab lari 2km, masa cuma diberikan 15 minit, huhuhu....mama ingat mama takleh capai dah target tu tapi alhamdulillah, mama lepas n berbaki lagi dari masa yg diberikan.


Masa di BTN ni, Bab Makan?? 2 jam sekali makan, mmg mewah la bab2 makan.

Bab malam akhir paling best n sedih. Sedih sbb nak berpisah dah dgn kawan2 n sedih sbb mengenangkan nasib bangsa dan masa depan negara mama, n sedih sbb tak baca buku lagi, huhuhuhu....esok awal pagi ada exam....mama wajib lulus untuk masa depan kerjaya mama....huhuhu.....doakan mama lulus. Amin.....
*Semoga anak2 bangsaku pada masa hadapan akan sentiasa beringat.


Monday, October 4, 2010

Result PTK mama.....

Aslmkum....,
Lamanya dah mama tak update blog ni. Disebabkan ketiadaan mood sbb bz? Ya jugak. sbb malas? Ya jugak. sbb kesihatan kurang memuaskan? Ya jugak.
Alahai byknya alasan mama. Apa2 pun ni untuk kenang-kenangan Arif n adik. Oklah, mama nak cerita kat sini bahawa selepas balik ka sebelum pi Kursus Pemantapan Jati Diri di Hat Yai ka entah la tak ingat lagi dah mama. Tapi yg pastinya, perkara ni berlaku dalam bulan Oktober 2010.
Alhamdulillah, mama dah dapat result PTK mama yang ditunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah, mama dapat 4 kali ni. Ini bermakna, overall PTK mama adalah 4 dan 4. Syukur sangat2 sbb ALLAH dah permudahkan urusan mama.
Emm...demi anak2 mama, dan untuk naik gaji mama ke Paras 2 (P2T?) satu lagi tugasan mama kena buat. Mama kena hadir ke BTN. Lepas tu, insyaALLAH, leh lah naik sikit gaji mama.
hihihi...itulah, Arif, suka sangat mintak mama n abah belikan robot itu, robot ini lah dan pelbagai jenis robot. Adik Zakiah pulak suka mintak mama belikan minyak wangi untuk dia, sampai mama n abang naik pening dgn minyak wangi adik. huhuhuhu.....
tak apalah, sebenarnya, ni adalah ketentuan ALLAH. Setiap rezeki yang datang itu adalah dariNYA juga dan atas usaha kita sebagai manusia.
InsyaALLAH, mama akan ke BTN pada 24-28 November 2010 ini. Semoga mama akan terus berjaya dalam usaha mama. Amin....
Wasslam.

Tuesday, September 7, 2010

SaLaM AiDiLFitri 1431H


Assalamuaalaikum.....,


Di kesempatan ini, saya (membahasakan diri saya lah ya sbb entry ni utk kawan2) dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITI"

kepada semua kawan2.

SEMOGA BERBAHAGIA DI AIDILFITRI INI.

Di kesempatan ini juga kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa, terlanjur bicara dan terkhilaf perbuatan. Semoga semua kawan2 selamat sampai ke destinasi.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

- Kangar, Perlis -

Thursday, September 2, 2010

Tudung Jahit Manik main-main

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak cerita pasai tudung mama ni. Ni tudung baru la jugak mama beli dari Mak Long Arif Zakiah (kakak ipar mama). Memula sekali mama tgk tudung ni mama terus suka sbb tudung ni jenis tudung instant yang labuh menutupi keseluruhan bahagian dada dan labuh di belakang. Mmg jenis yg mama cari selama ni. Murah pulak tu cuma (RM30 ja walaupun labuh), tapi murah bukan sbb kakak ipar mama tapi mmg dijual pada harga ni pada semua kawan2 Mak Long la. Biasanya tudung jenis yg labuh sikit tutup dada ni mahal harganya. Disebabkan sesuai dgn harga dan labuh. Mama pun rembat 2 helai dari Mak Long. Tetapi disebabkan tudung ni asalnya plain saja dan mama suka pada benda n warna yg berkilat-kilat mama pun hiaslah tudung mama ni dgn manik2. Cara org tak pandai menjahit yg buat sementara nak tunggu bukak posa. Hihihihi.....hari ni mama pakai tudung ni, alahai, ramainya yg tegur, "Eh, beli mana tudung ni. Cantik la" "Dia punya diamond besar2. Cantik" " Nak tgk sat". Aduhai, malunya mama. Dalam hati mama tergerak berperasaan adakah tudung mama ni ter "over" sampai semua yg perasan. Atau benarkah depa yg tegur mama tu ikhlas atau saja nak ambik hati mama? Tak apalah apa2 pun. Mama tanya pada kawan baik mama dia kata elok dan ok. Bagi mama, nak kata over dak kot. Biasa2 saja sbb jahit pun main-main ja.
Jom tgk tudung mama ni.



Wednesday, August 25, 2010

Keta Kenari Aerosport Auto

Assalamualaikum...,

Entry mama kali ni adalah untuk kenang-kenangan anak2 mama di masa akan datang kiranya blog mama ni masih boleh view. Mungkin sebelum kereta mama ni akan dijual. Ingatlah bahawa kereta ni adalah hadiah abah kpd mama selepas mama keguguran pada akhir Jun 2010 hari tu. Kereta ni mmg best. Terima kasih abah. I luv u. Hihihi....bukan luv sbb dapat keta ya tapi mmg luv abah setiap masa...as my husband n my dad to my lovely kids. Emmm......mama suka keta ni sbb laju n boleh cilok2 masa mama dah lewat nak pi opis. Alahai jarak opis mama dgn rumah adalah dalam 8km. Tapi kalau dulu lagi dekat dalam 2km tak sampai kot. Sebenarnya mama dah letih bawak keta pajero abah tu sbb tinggi nak kena panjat masa nak naik keta. Tu saja. tadak sbb lain pun. Kalau ikut hati mama lagi suka bawak keta pajero tu sbb tinggi dan besaq. hihihi....org kurang rapat ngan mama..Tak apalah apa pun, mama nak save gambar kereta mama ni sebelum kena juai. Walau pun baru sangat mama guna kereta ni dan tadak apa2 pun cacat celanya kereta ni tapi tak tau la lama mana keta ni akan berkhidmat ngan kita semua.



Wednesday, August 11, 2010

SaLaM RaMaDhaN

Assalammualaikum....,

Wah dah lama betui mama tak hapdet blog mama ni. Mama ada masalah kesihatan baru-baru ni. Mama gugur untuk kali kedua pada tahun ini. Tak maulah mama ingat lagi. Sedih rasanya. malas nak bercerita.

Sempena bulan Ramadhan ni, mama nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh family mama dan kawan2 mama termasuklah kawan2 mama di alam siber ini. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk mengejar dan melakukan segala kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini. Semoga kita akan diberkati ALLAH.

Tahun ni, memandangkan usia Arif dah pun 5 tahun, mama dah mula melatih Arif berpuasa. Semalam (10 Ogos 2010), mama dah ajarkan anak sulung kesayangan mama ni niat berpuasa dan hari ni Arif mula berpuasa buat pertama kalinya dalam hidup Arif. Doa mama semoga Arif akan tabah dan kuat menjalani ibadah puasa. Disebabkan nak pujuk Arif untuk hari ini, mama dah pun berjanji akan bawak Arif pi Pasar Ramadhan hari ni dan apa yg Arif nak makan, mama akan belikan. Hihihihi.....Arif tak dibenarkan beli Kebab ya sebab mama risau kalau Arif gemuk nanti.

Oklah, sampai di sini dulu catitan mama untuk anak2 mama dan kawan2 mama.
Bye.
Wassalam.

Tuesday, July 13, 2010

Gugur Lagi....sedihnya...

Aslmkum....

Lama sudah mama tak update blog mama ni. Rasa sedih jugak nak cerita kali ni.

Seperti kebiasaannya selepas waktu kerja hari Jumaat, pasti Arif ngan adik dah beriya-iya sangat nak balik SP jumpak tok dgn wan. Tapi kali ni mama juga beriya-iya jugak nak balik jumpak tok dgn tokwan, almaklumlah minggu lepas tak balik. Pada malam tersebut 25 Jun 2010 (Jumaat) kami kebiasaanya baliklah SP dgn hati yg gembira.


Jam.12.30 pagi (26 Jun 2010) mama makan nasi. Hihihi...makan tgh malam sbb lapaq sangat. Jam 1.20 pagi, mama tumpah darah. Semakin byk darah mama. Abah segera bawak mama ke hospital......dan seterusnya, mama takleh nak cerita sbb sedih sangat. Hanya mama boleh katakan mmg baby kita (mama + abah + Arif + Adik) kuat masa tu. Jantungnya masih berdenyut walau mama dah teruk sangat tumpah darah ketika tu. Para doktor juga agak terkejut apabila tgk baby kita masih ada walau keadaan mama agak kritital ketika itu. Akhirnya baby kita pergi jua pada 27 Jun 2010 lebih kurang jam 10.30 pagi. Semoga anak mama bahagia disana. Tunggulah kedatangan mama, abah, abg dan kakak mu suatu masa nanti.
Amin

Inilah katil yg mama guna semasa berada di Hospital SP.

Monday, June 7, 2010

Luahan Hati...

Assalamualaikum....


Dah lama mama tak menulis, mungkin disebabkan kesibukan kerja mama dan juga mama mengalami alahan sekarang ini. Walau macam mana pun syukur alhamdulillah, mama tak alah kuat sangat macam memula mama pregnant kan Arif or adik Zakiah. Kali ni, tak dak lah mama berlari masuk toilet di opis sebab rasa nak termuntah. Kali ni mama cuma rasa diawal pagi sahaja. Mudah-mudahan, kandungan mama kali ni menjadi. Amin....


Sebenarnya, mungkin mama kurang alah tetapi mama byk cabaran. Mulai hari Khamis ini (10 Jun 2010) mama akan bertugas sebagai Penolong Pendaftar (Pegawai Tadbir) di Jabatan Pembangunan. Apa perasaan mama?


Mama suka sbb mama boleh multi skill tapi jauh di sudut hati mama terasa sedih la jugak nak meninggalkan PPK Bahan yg dah lama mama berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di sini. Banyak benda yg mama bangunkan di sini. Dah lebih dari 7 tahun mama duduk di kerusi ini. Mama sedih sbb byk sistem fail yg dah diperkemas ni dari idea mama untuk kemudahan mama jugak. Walau macam mana pun mama sangat gembira kerana mama tidak akan pening kepala dan sakit jiwa pasai memikirkan bidang akademik yang tak habih2 ni. Macam2 benda mama buat. Dari aspek kewangan, hinggalah kepada siasatan pelajar tak bayar hutang, pelajar ambik subjek tak cukup, pelajar tak layak bergraduat, nak up markah pelajar mana yg patut, dan macam2 lagi la.....huhuhu....mmg sakit kepala...

Mama tak pasti sejauh mana tugas baru mama tapi yg pastinya mama perlu uruskan segala urusan tender. Byk cubaan tu..., insyaALLAH, mama akan cuba buat yg terbaik.
Begitulah perasaan hati mama sekarang ini yg bercampur baur macam-macam sangat benda. Hihihi...pernah mama melawak dgn abah, kata kalau bawak kereta pajero (yg sekarang mama bawak) ni nampak brutal n sepatutnya kena duduk di pembagunan baru la elok. (pembangunan=jabatan pembangunan). Tak sangka percakapan mama menjadi kenyataan. mama dapat surat pertukaran tempat bertugas pada 04 Jun 2010 untuk mula bertugas di tempat baru mulai 10 Jun 2010 ini...Semoga mama berjaya di tempat baru nanti....Amin...




Wednesday, May 26, 2010

Sopan itu Cantik

Assalammualaikum...,
Sekadar renungan bersama untuk diri mama dan kaum wanita semua....


Tuesday, May 25, 2010

~ Kad dari ARIF ~




Assalamualaikum...

Lama sungguh mama tak update blog mama nih. Tak apalah sebelum mengakhiri bulan Mei ini mama nak simpan cerita ni sebagai satu koleksi dalam hidup mama.

Pertama kali mama dalam seumur hidup ini, mama terima kad SELAMAT HARI IBU dari anak sulung mama yang berumur 5 (ARIF).

Terima kasih ARIF. Mama sayang sangat2 kat anak2 mama. Walaupun usia ARIF baru 5 tahun, mama tetap hargai lukisan dan tulisan ARIF untuk mama.

Semoga mama akan menjadi mama yg baik untuk anak2 mama serta mama yg mithali. Dan semoga anak2 mama membesar dengan penuh limpahan kasih sayang serta menjadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Arif n adik mesti jadi anak yg soleh dan solehah ya.

***Ingatlah anak2 mama, mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mama hingga akhir hayat mama. Ingatlah juga bahawa tiada seorang ibu pun yg mahukan perkara yang buruk berlaku pada anak-anaknya. Sesungguhnya syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. ***

Monday, May 10, 2010

09 Mei ~ SeLaMaT HaRi iBu ~

Assalammualaikum...

Dah lama sangat mama tak update blog mama ni. Entahlah apa yg sibuk sangat. Hari ni dah sehari dah lepas Hari Ibu...

Sesungguhnya, mama sangat2 sayangkan mak mama. Bagi mama, mak adalah segala-galanya dalam dunia ini. Jadi, mama pun tak nak ketinggalam nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu. Sesungguhnya hati dan jiwa seorang ibu itu sangat tabah...

Oklah, mama nak cerita pasai mak mama. Mak mama ni garang orangnya, tapi sangat pandai masak, sangat berani dan berjiwa cekal. Masa mama kecik-kecik dulu, hidup kami sekeluarga susah, hanya abah mama yg bekerja, tapi mak mama ni cekal, dia pandai menjana duit dalam keluarga. Dia akan bekerja dirumah, cam jahit baju, buat masak-memasak.

Tak apalah, walau apa pun yg terjadi sesungguhnya mama sangat sayangkan mak mama. Dulu masa mama belum menjadi seorang ibu, mama tak tahu sangat erti kasih yang mendalam seorang ibu, tapi bila mama dah lalui zaman mengandung dan alah mengandung yang teruk, zaman perihnya nak bersalin yang perlu mengucap 2 kalimah syahadah sebelum masuk ke dewan bersalin dan dewan bedah tu, masa teruknya kena bangun menyusukan anak-anak, teruknya masa anak-anak jatuh sakit yang perlu berjaga malam, dan sakitnya bila mengalami bengkak susu, uruskan anak-anak sekolah, makan n main bersama anak-anak. mama sedar, betapa besarnya jiwa dan kekuatan seorang ibu. Sesungguhnya, mama sangat-sangat berterima kasih pada mak mama yang telah berkorban semuanya demi anak-anaknya yang tercinta. Sebab itu jugalah mama dan abah kini sanggup berulang alik ke Sungai Petani setiap hujung minggu kerana mama dan abah sangat menghargai ibu dan bapa mama (tok n tokwan) sebelum kehilangan buat selamanya. Sebab itu jugalah abah menolak tawaran untuk belajar ke oversea apabila abah pernah berkata kepada mama bahawa dia mmg sudah anak yatim dari kecil lagi, dan dia tidak mahu kehilangan ibu dan bapa mama apabila memikirkan semuanya. Sebab itu mama sangat sayang kat abah. I Luv U so much abah. Moga kita juga akan kekal bahagia macam tok ngan tokwan Arif...

Ucapan mama, Semoga mak dan setiap ibu di dunia ini mendapat balasan yang baik dari ALLAH S.W.T. Aminn.....

Mak,
Terima kasih mak,
Kerana jasa mak padaku selama ini,
Mak telah berjuang melahirkan dan membesarkan ku di dunia ini,
Mak mendidik diriku dengan kemewahan kasih sayang mak,
Sesungguhnya, tiada mampu ku membalas segala jasamu,
Aku mengharapkan kasihmu hingga ke syurga,
Semoga kebahagiaan menjadi milik kita bersama,
Mak,
Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu,
Tiada kata yang mampu ku lafazkan,
Betapa aku menyayangi kedua ibu bapaku,
Semoga kita semua beroleh rahmat dari Yang Maha Esa,
AMIN....

Monday, March 1, 2010

Maulidur Rasul

Aslmkum....,



Hari ni dah pun lepas Hari Maulidur Rasul yg kita semua umat Islam sambut pada 26 Feb 2010 (Jumaat) hari tu.

Sempena Hari Maulidur Rasul 1431H ni juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan mama + abah yang ke-6. Tapi kalau ikut tahun Masehi, tak cukup 6 tahun lagi. Tapi mama mmg suka ingat Tarikh hari Maulidur Rasul ni lagi dari ikut tahun masehi. Masa nak akad nikad mama + abah hari tu mama mmg nak di akad nikah kan pada Hari Maulidur Rasul.

Em...apa2 pun mama doakan semoga perkahwinan mama dan abah ni berkekalan dunia dan akhirat. Aminnnn...............

Wednesday, February 17, 2010

Taman Belia @ Penang - entah kali ke berapa entah la...

Assalamualaikum...
Kali ni n3 mama pasai Taman Belia kat Penang. Taman Belia ni letaknya dekat ngan Kebun Bunga (waterfall) Penang. Emm....taman belia ni adalah tempat mama dan pakcik Arif main masa zaman kami kecik2 lagi (Belum sekolah lagi). Sekarang zaman anak2 mama pulak main kat sini. Zaman mama kecik2 dulu, tak ada kolam mandi lagi, cuma ada taman permainan sahaja tapi sekarang Taman Belia sangat best.
Emm....kami sekeluarga pi Taman Belia ni pada 6 Feb 2010. Sehari selepas Birthday Arif. Tak tahulah ni kali ke berapa kami ke sini. Kami sekeluarga mmg kerap sangat ke sini untuk riadah. Rasanya sebulan sekali mesti datang la ke Taman Belia ni. Yang penting bila datang sini, mesti happy dan rileks.
Tapi sebelum datang ke Taman Belia, mama ngan abah mesti pekena nasi kandar dulu. Kali ni kat kedai favourite mama. Kalau abah suka makan kat kedai nasi kandar sultan, kat king street, tapi mama pulak suka kat kedai sebelah masjid Kapitan Keling.
Jomlah layan gambar2 kami.
*Kalau ada kawan2 mama yang nak pi santai2 kat Penang bawak anak2, mama syorkan tempat ni. Kita rileks, anak pun suka.
Kedai nasi kandar favourite mama...

Lokasi kedai nasi kandar favourite mama ni letaknya di sebelah Masjid Kapitan Keling

Di hadapan Masjid Kapitan Keling. Salah satu tarikan pelancong di Pulau Mutiara nih...


Mandi manda di Taman Belia


Danish yang sangat takutkan air teragak-agak nak mandi...asyik perhatikan abah besar, arif n zakiah sahaja yg mandi...



Tok dah sibuk.... mula cari nasi utk cucu2 kesayangan dia nak suap sambil2 depa mandi manda


Suasana yang nyaman dan damai kat Taman Belia. Penuh alam kehijauan

Zakiah temankan Danish mandi di kolam yg cetek....huhuhu


Laju Arif laju lagi...

hahahaha....Zakiah....goyang pinggul dan lirikan matamu....ohhh

Lawan lompat katak, katak mana lagi laju, katak mana lagi kembang....hahahahaha...

Zakiah dgn pelampung spiderman dia...spiderwomen tadak arrr....


Akhirnya, Danish berani jugak mandi.....mmg terkenal dgn penakut air


Zakiah yg nakal...

Lapaq ni..., mesti kena cari nasi nih...

Peace Arif...

3 beranak dalam air....hanya mama kat atas

3 beranak lagi...

Wajah ceria tok ngan wan. I luv u mak abah..semoga dilindungi ALLAH sentiasa...Amin....


Main Air di Bukit Merah

Assalamualaikum....
Kali ni mama nak abadikan gambar2 adik ngan abang masa pi Bukit Merah.Kami pergi pada Tahun Baru Cina 14/2/2010 (Ahad). Rasanya pukui 2 lebih kami bertolak. Sampai tak tgk jam la masa tu, sbb mama pun semangat sangat (hehehe).
Pengalaman ni kali pertama, kami semua baik mama, abah, tok, tokwan, arif n zakiah ke Bukit Merah. Selama ni...pernah dengar org cerita sahaja. Emm...semua bak kata tu semangat lah. Dari luar parking penuh. Wah cam best saja.
Ok, masuk dalam, Ooohhh, macam ni ka yang diceritakan kan orang. Emm....tak jadilah mama nak mandi sama. Orang terlampaulah ramainya. Kolam pun ada 3 sahaja yang mama nampak. Kalau ada yg lain mama tataulah. Tapi itu yg mama nampak sahaja. Air cetek. Mungkin ada yg dalam tapi sbb dgn budak2 takleh la nak pi ke area dalam. Air pulak panas dan tak sejuk mungkin disbbkan cuaca yang panas hari tu dan kurang pulak pokok2 besar sebagai kawasan teduhan.
Em..dari pandangan mama, sekiranya mama diberikan tiket percuma, mama akan fikir byk kali nak pi ka dak sbb mama hampir pengsan dan demam lepas balik dari sana sbb terlampau berjemur panas. Tapi buat masa sekarang, mama tak mau pi la. Akan datang, kalau atas permintaan Arif n Zakiah, mungkin mama akan pertimbangkan.
Komen mama pasai tempat ni, ok la untuk budak2 (anak2) tapi untuk mama takmau pi dah. Cuaca sangat panas, pokok2 besar pun tak ada, paip air di tepi-tepi kolam or pokok pun tak ada, susah la sikit. Semua tempat penuh org sampai naik hitam dalam kolam penuh ngan kepala manusia yg ramai tu...huhuhu..., ada Gazebo tapi sapa yang nak duduk kena charge ye...pelampung pun kena caj ya...hohoho....bak kata semuanya kena duit la. Hati dari bersemangat yang sangat mekar tu bertukar jadi layu bukan sbb bayaran semua2 tu, tapi sbb kolam tak banyak, orang ramai, air tak sejuk, tempat berteduh semua penuh, kena la mama dgn tok bertenggek di pokok yg lebih rendah dari paras mama berdiri dan cuaca pula yang sangat panas.
Minggu depan (27/2/2010) kawan2 sekolah teknik lama abah dulu ada buat reunion kat sana bawa family semua. Memulanya abah kata nak pergi, tapi memandangkan suasana hari tu yang terlalu sesak disebabkan cuti umum, mama dan abah awai2 lagi dah buat keputusan tak akan pergi. Buat demam ja...(mama saja yg demam nih)
Baik mama ajak abah ke Taman Belia Penang, suasana damai, pokok2 besar, suasana mmg sesangat nyaman dan betui2 boleh merehatkan minda sesiapa yg penat seharian bekerja. Air kolam byk dan sejuk. Cuma tak ada la mainan dalam air cam Bukit Merah. Semua ni free ja.
Apa2 pun, jomlah tgk gambar2 anak2 mama yang mmg suka sangat main air.
Arif n Zakiah yang sangat semangat...

Letih...sini saja yang teduh

ramainya orang......


Arif berjemur panas dalam air...huhuhu...


Zakiah yang sangat aktif


Abah ngan Zakiah nak pi mana ya?


Jom pi sana pulak...


Arif ngan pelampung berbentuk no.8 yang sangat besar dari Arif


Mana pi pelampung adik?...


Kat kolam ni ada ombak. Tapi tak real dgn ciptaan Yg Maha Esa


Jom turun gelongsor air...


Sempat baring


Naik merelikh anak dara mama ni bila main air tgh2 panas


Mama...air ni masin lah....hahaha...zakiah pi rasa air ni sapa suruh....


Abg....bila nak stop ni....mama dah letih la...

Masih semangat lagi anak teruna mama ni...aduhai....letihnya mama

Ada sapa mau tomoi ngan Arif???...hahahaha..

Tarian Naga - sempat baling buah limau kat pengunjung