Thursday, June 18, 2009

Aquaria @ KLCC

Pada awai Mei 2009 hari tu, aku ngan anak-anak ikut husband yg buat Lawatan Industri kepada para pelajarnya di sekitar Shah Alam, Seremban dan juga Melaka. Kami berada di KL pun rasanya seminggu kot. Tak ingat laa..Antara tempat yg sempat kami bawak anak-anak sekitar KL ialah Aquaria, KLCC, Tugu Negara (tapi tak leh masuk sbb gate kat situ tutup pukui 6.00 petang. Kami sampai pukui 6.30 petang. tengok dari luar sajalah) Kami pi sana pun sbb arif kata dia nak pi tempat yg dalam iklan tu ada kira 1...2....3...4...sampai kiamat.....


Ni hanya gambar kat Aquaria, KLCC sahaja yg sempat kami snap.

Bayaran nak masuk Aquaria ni, Dewasa RM 28.00 dan Kanak2 RM 22.00. hehehe...kalau nak parking dekat (x la dekat sangat RM 8.00 sekali masuk) Mahai kan??



Ada jugak ular sesat kat Aquaria ni...


Arif ngan Zakiah yg dah letih. Rileks sat sambil sembang ngan tok....

Gaya 'Pieces' Zakiah sama ja gaya pieces Anis kat Finland tu...




Tok ngan tokwan kesayangan arif n zakiah......



Ni gambar bawah perut ikan pari .....hehe...boleh buat payung dalam laut daaa....



Ikan ni lebih besaq dari abg ngan adik laa......

Haa....Arif, bisik apa ya kat ikan tu???

Ni gambar sebelum masuk ke Aquaria KLCC. Kat depan Aquaria..

Tuesday, June 16, 2009

Bercanda di Pasiran Pantai - Penang Lagi...

N3 kali ni adalah kisah anak-anak aku lagi. Anak-anak mama ni sangaaaaaaaaattt la sukaaaaannyaaaa main air. Tak kiralah air tawar ataupun air masinn...bila dah mandi tu tak ingat nak balik daaa.....sapa yg penat? aku jugak yg penat dok tercongok kat tepi laut tu. abah depa pun penat gak sbb kena ngasuh depa dalam air laut tu.... Jomlah tgk....ni salah satu aktiviti kami sekeluarga waktu hujung-hujung minggu.






Butterfly Farm - Penang

Ni gambar semasa kami ke Taman Rama2, Penang (Disember 2008). Aku ngan suami pertama kali bawa anak-anak ke sana walaupun dah byk kali kami ke Penang. Anak2 kami mmg enjoy sangat kat sana. Mesti kena pi lagi ni.....
Oppsss....bayaran masuk kat sini, Dewasa RM 10.00 dan kanak2 RM 5.00. Berbaloi lah kot..sbb tgk rama2 byk...kalau anda manis, mungkin lah rama2 boleh hinggap kat tangan anda kot, tapi kami semua tak manis, masam lah kot...kehkehkeh..

Jom tgk...



Kura2 ni lagi tua dari umur Arif. Kalau tak silap, dah 7 tahun umur dia. Arif pulak waktu ni, belum masuk 4 tahun pun lagi.

Thursday, June 11, 2009

APA YG PENTING...Kasih Sayang...

Hehehe....Arif selalu nyanyi satu lagu tu liriknya cam ni... "APA YG PENTING? KERJASAMA."

Oooo....memula dengar, aku ingat Arif nyanyi lagu tu..cikgu tadika dia ajar. Rupa2nya tu lagu dalam kartun Wonderpet (tak tau la betui ka tidak ejaan nama kartun tu).

Aku pulak...waktu arif nyanyi lagu tu, aku tambah lagi lirik dia jadi " APA YG PENTING? KASIH SAYANG". Hehehe...aku tatau lagi waktu tu lagu wonderpet.
Jadi, N3 aku hari ni, adalah org yg tercinta dan terpenting dalam hidup aku.


Ini Mak ngan Abah aku yang tercinta semasa kami bercuti di terengganu tahun lepas. Kat Masjid Kristal.


Dan ini adalah jantung hatiku. Suami yg tercinta serta permata hati kami (Wan Amirul Arif dan adiknya Wan Zakiah Zahra).

APA YG PENTING? KASIH SAYANG....

Lakaran Kasih, Lukisan Jiwa....

Kenangan bersama kamaliah n niza

Ni gambar lama kami la... Aku (tengah) ngan 2 sahabat baik aku. Kamaliah (baju kuning) dan Haniza (Baju merah). Gambar ni waktu sepupu aku ngan adik kamaliah kahwin. Waktu tu aku dah kahwin. Arif pun dah ada. Niza ngan kamaliah waktu tu belum kahwin lagi. (sekarang ni, aku dah gemuk...huhuhu...sedihnya)

Kami berkawan rapat hingga sekarang. Masing2 dah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Kebetulan anak2 sulung kami bertiga ni lelaki dan anak kedua kami perempuan. Mungkin sehati sejiwa kot. Em..sebenarnya itu rezeki dari ALLAH..
Hubungan kami amat rapat. Sampai semua famili masing-masing kenai dan mak abah kami masing-masing pun jadi kawan.

Perkenalan kami bermula semasa kami sama-sama menuntut di SMK Ibrahim Sg.Petani waktu upper 6 (zaman STPM). Waktu di lower 6 aku kurang kenal dengan kamaliah n niza ni sbb aku masuk lambat sbb lambat dapat surat tukar sekolah dari Penang. Lagipun kelas lain2.

Kami mula rapat sbb waktu di upper 6 hanya kami 4 org sahaja pelajar melayu dalam kelas tu. seorang lagi tu namanya zuraini. Aku tak pernah jumpa dia lepas dia masuk universiti. Dia pun dah pindah rumah. Terus putus hubungan.

ok, cerita pasai niza ni, kami rapat hingga kini. macam saudara. rumah mak dia pulak dekat sangat ngan rumah mak aku. Dalam geng kami, dia lah paling pandai n paling rajin. Niza ni selalu jugak aku jumpak sbb dia kerja kat SP. Dulu kami naik moto sama2 ke skolah. Aku guna moto jenis RG Sport Suzuki . Hihihi....teringat zaman kena tahan polis.. Niza juga yg tenangkan aku. Kami kena saman daa....Apa taknya, no plat moto aku tu kecik (kerja adik aku ni). Dah tu siap polis tu bagitau yg dia selalu ligan kami tapi terlepas. Aku bawak laju lah kot waktu tu....atau pun polis tu saja cerita cam tu nak takutkan aku. Polis suruh kami bukak no. plat moto tu kat tepi jalan tgh2 hari panas terik. Aku tak leh bukak..Huk..huk..huk..aku menangis. Niza juga yg bukak....sib baik dia jenis cool. Ceritanya hari tu, balik dari sekolah, moto tadak no plat.

Pasai kamaliah pulak ni, dia ni kelakar sangat orangnya. Aku ngan dia lepas STPM pernah pegi ambik sijil komputer sama ngan dia. Niza tak ada waktu ni sbb dia dah masuk U. Kami ni jenis nakal sikit...lambat lah sikit masuk U. Hehehe...tapi aku tetap tak terar sangat pun pasai komputer ni...Kat U pun aku tak ambik bidang komputer ni sbb tak minat pun. Lani kamaliah kerja di KL. Jarang2 lah sikit jumpa dia. Sbb kami baik, aku n family aku cubalah jodohkan adik dia ngan sepupu aku. Adik niza tak boleh sbb rasanya dah bertunang waktu tu. Alhamdulillah, sampai sekarang sepupu aku tu bahagia. Dah anak dua pun. Aik, dah sama ngan kami ni?

Sampai sekarang kami semua masih berhubung...semoga persahabatan kami kekal hingga ke anak cucu... Aminn....

Tuesday, June 9, 2009

Kisah Arif meWarna Kucing


Permata Hati kami (aku & En. Wan)


Kisah ni adalah dalam awai bulan mei hari tu.

Emm... aku tahu cerita ni dari Cikgu Yati sendiri (Cikgu Tadika Arif).

Dalam kelas satu hari tu, cikgu yati ni adalah bagi anak2 murid dia kertas untuk diwarnakan.
Arif pun dapat sekeping kertas untuk dia colour. Arif dapat gambar kucing 7 ekor.
Cikgu Yati pun suruhlah Arif warnakan gambar kucing dia.
Arif warna semua kucing dia dengan warna hitam. Tiba-tiba Cikgu Yati tgk, "Pasai pa Arif colour kucing Arif semua dgn warna hitam?"
Arif dengan serius jawab kat Cikgu Yati, "Cikgu, kucing mana ada warna pink kan cikgu?".
Aduih....Cikgu Yati tertahan gelak sbb Arif pandai aja menjawab.

Aduih Arif, aku yg dengar Cikgu Yati cerita tu pun tergelak. Sambil bawak Arif balik tadika pun dok gelak lagi.

Aku pun tanyala kat Arif waktu dalam keta pi rumah mak ngasuh dia. "Awat Arif colour semua kucing Arif warna hitam?"
Arif jawab kat aku, "mama, pensil colour Arif warna oren dah patah. Ada warna hitam saja. Arif colourlah ngan warna hitam ja". Adoi aku masih lagi dok gelak kat dia.
Dia marah sangat kat aku sbb gelak kat dia.
Moralnya: Mama kena selalu cek beg sekolah Arif.

Testing

Assalamualaikum....

Hehehe...ni first time percubaan membina blog sendiri.
Saya mama budak baru belajar.