Monday, December 6, 2010

My Hero - 1 st convocation

Assalamualaikum....,

Lama dah n3 ni mama simpan dalam ingatan mama. Tapi lambatnya mama nak upload gambar2 kenangan Arif (hero mama) ni dalam blog mama.

Oklah, disebabkan mama tak tau Arif akan konvo hari tu (Khamis - 11 November 2010), mama tak ambik cuti pun hari tu. Cuma pada hari Rabu tu ada Cikgu Arif (Cikgu Ani) call tanya mama, sama ada Arif dah sihat ka belum dan nak pi sekolah tak esok? Mama kata, ok, Arif akan pi sekolah cam biasa. Cikgu Ani pesan mintak Arif pakai baju sekolah cam tipa2 hari Isnin. Mama paham, n bagitau ok. Cikgu kata, ada majlis esok. Oklah si mama ni pun

Sebenarnya, dah lama Arif tak pi sekolah di sebabkan beberapa perkara. Rasanya dah sebulan Arif tak pi sekolah. Memula tu, sbb mama ada kursus 4 hari di Hadyai, lepas tu Arif n Zakiah terus balik dok di kg (Sg. Petani) minggu tu dan terus jadi 2 minggu Arif n adik di kg dok dgn tok ngan wan depa. Sakan la anak2 mama masa tu, bagai dunia depa yg punya bila sama2 dgn tok ngan wan depa. Emm....dah 2 minggu arif tak pi sekolah, pastu sambung pulak dgn banjir seminggu, nak buat camana kan, dah ketentuan Allah, pastu mai pulak musim tak sihat selepas banjir, Kami sekeluarga demam....lepas tu, oklah baru arif leh pi sekolah tapi malam rabu tu pulak arif sakit gigi. Gigi susu dia dok goyang2. Kesian kat anak mama. Sepanjang malam n pagi khamis (hari konvo) tu Arif tak makan apa2 pun. Kesian sangat, mama nak tolong cabut, mama takut. Disebabkan mama dah janji kat cikgu Ani arif akan pi sekolah, mama n abah pagi tu bawak Arif pi sekolah cam biasa lah jugak. Tapi kesian tgk Arif yg tak berani nak tutup mulut sbb sakit gigi. huhuhu.....tgklah gambar konvo Arif yang pertama dalam hidupnya mulut takleh tu tutup.



kesian kat Arif, masa ni dia sakit gigi.

Arif tak berani tutup mulut




1 st konvo Arif masa umur 5 tahun, sebelum ni Arif hanya ada gambar tadika kemas pakai baju konvo saja tapi tak konvo sbb baru 4 tahun masa tahun lepas (2009).

No comments:

Post a Comment