Monday, August 17, 2009

Al-Fatihah buat Nurfazlin Abu Hassan



AL- FATIHAH buat Nurfazlin Abu Hassan (http://nfazlin.blogspot.com/) . Semoga rohnya dicucuri ALLAH dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sebenarnya aku agak terkejut bila dapat SMS dari En. Chek Idrus memaklumkan bahawa Fazlin telah kembali kerahmatullah. Aku seolah-olah terkedu tak terkata apa2. Ya lah, aku baru saja mohon dari pihak ICT hari Rabu (12 Ogos 2009) jam 3.00 petang untuk pihak ICT create satu email utk fazlin sebagai staf (pensyarah) di PPK Bahan ini.
Sebenarnya, minggu lepas mmg aku teramatlah sibuk untuk persiapan konvokesyen UniMAP yang ke-4. Aku kena pastikan betul2 list pelajar aku tidak tercicir dan kedudukan kerusi mereka tidak tersalah tagging. Mmg setiap tahun, itulah rutin aku sebagai Penolong Pendaftar (Pegawai Tadbir) di PPK Bahan.
Sebenarnya, fazlin ada datang bagitau aku Jumaat (7 Ogos 2009) bahawa dia baru dapat surat lantikan sebagai staf. Aku ucaplah tahniah untuk dia. Maknanya dia bukan lagi fellow. Jadi, aku mintaklah salinan surat lantikan tu dari dia. Selepas itu, hari Isnin (10 Ogos 2009) Fazlin datang jumpa aku dan bagi secebis kertas kecil yang tertulis nombor staf dia. Aku senyum kat dia dan bagitau la yg aku nak detail surat lantikan dia tu. Dia senyum bagitau aku, esok saya bagi ya Puan. Aku ok. Esoknya, fazlin datang bagi segala salinan surat yang aku perlukan. Bagus dia. Siap fotostat untuk salinan aku kat pejabat. Takyah lah aku kena fotostat lagi. Jadi, aku maklumkan lah kat fazlin, yang hari tu Selasa (11 Ogos 2009) aku x sempat nak pohon email dia. Aku sibuk sangat untuk persiapan konvo, mungkin aku tak masuk opis ataupun aku tak sempat nak bukak email. Fazlin kata, ok, dia tak apa. Jadi, aku bagitau kat fazlin esoknya Rabu (12 Ogos 2009) aku akan try pohon kat ICT. Malangnya, pada hari Rabu tersebut pihak ICT telah pun siapkan akaun email arwah tetapi tak dapat reply email aku sbb ada masalah portal. Hari Khamis dan Jumaat pulak staf ICT tersebut telah pun MC. Maknanya hari ni Isnin (17 Ogos 2009) la staf tersebut akan memaklumkan semula kepada aku akaun email arwah.

Maka pada 15 Ogos pun sampai lah masanya semua graduan UniMAP berkonvokesyen. Fazlin juga merupakan salah seorang bekas pelajar UniMap satu ketika dahulu. Tugas yang sama juga aku pernah lakukan semasa konvokesyen fazlin dahulu.
Semasa Fazlin seorang pelajar dahulu, dia mmg seorang pelajar yang tertib (sangat sopan). Dia jenis yang tak cakap banyak hinggalah dia menjadi pensyarah di sini. Yang aku tahu, dia ni mmg sweet lah.
16 Ogos 2009, aku dapat sms dari En. Che Idrus. Bagaikan tak percaya dengan sms tu, aku call waty tanya pasai berita ini. Waty mengiyakan sms tu. Sedihnya rasa. Aku terkenang, email Fazlin minggu lepas yg aku mohon dari ICT masih belum dapat. Entahlah biasanya ICT akan cepat respon balik email aku. Tapi tak tahulah kenapa kali ni, belum lagi dapat jawapan dari ICT. Dalam surat lantikan Fazlin sebagai Pensyarah bertarikh mulai 16 Jun 2009, allahyarhamah dilantik sebagai pensyarah di PPK Bahan, dan genap 2 bulan 16 Ogos 2009, Fazlin dijemput Ilahi buat selama-lamanya. Fazlin terlalu gembira sangat pada hari dia terima surat lantikan sebagai staf tu pada 07 Ogos 2009 (Jumaat).Fazlin pergi dalam usia yang sangat muda ketika umurnya baru 25 tahun dan tidak sempat pun merasa gaji pertama dia sebagai pensyarah.
Aku dengar berita bahawa Fazlin terlibat dalam kemalangan jalan raya di Alor Gajah Melaka dalam jam 12 tengah hari lebih dan meninggal dalam jam 2 petang lebih. Fazlin sebenarnya menghadiri majlis konvokesyennya untuk menerima Ijazah Sarjana nya pada 15 Ogos 2009 di UTM, Skudai, Johor. Pada 16 Ogos 2009 tu, di khabarkan Fazlin, on the way nak balik ke KL sbb fazlin ni org KL. Sepatutnya pada hari ini 17 Ogos 2009, Fazlin masuk kerja balik. Tapi semasa perjalanan dari Johor tu, semasa di Melaka, malangnya kereta Viva milik tunangnya pancit dan tak stabil, lalu jatuh longkang besar (yg selalu ada tepi highway). Kedua ibu bapa Fazlin yang follow kereta Fazlin dari belakang nampak kejadian ni dan cuba tolong dia. Malangnya, kaki bapa Fazlin patah ketika cuba tolong dia. Sedih sangat kisah dia. Itu saja yang aku tau.
Yang aku tahu, blog yang bertajuk "THE JOURNEY OF MY LIFE" tak akan diupdate lagi.....
Semoga Fazlin dicucuri rahmat ALLAH dan diampunkan segala dosa dan dibalas segala kebaikannya.
Sama-samalah kita sedekahkan AL-FATIHAH buatnya. AMIN.....



7 comments:

  1. alfatihah...ex student unimep gak ka

    ReplyDelete
  2. ya. alfatihah utk ALLAHYARHAMAH Nurfazlin. Yup, dia ex-student UniMAP. Batch yang pertama.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Nurfazlin.. sy mengenali arwah sebab menjadi jurufoto rasmi arwah semasa pertunangannya pd 8.3.09 yg lalu..

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..smoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  5. oo mcm tu citernya...mcm2 citer yg maria denga..apepun hanya doa n alfatihah mampu iringi permergian alin..

    ReplyDelete
  6. Ajal yg datang di muka pintu,
    Tiada siapa yg memberitahu,
    Tiada siapa pun dapat hindari,
    Tiada siapa yg terkecuali...

    ReplyDelete
  7. al fatihah. sangat sedih dgr. sebab dia cikgu practical saya masa saya darjah brapa pun saya tak ingat. masa sekolah kebagsaan seksyen 20 :( al fatihah

    ReplyDelete