Monday, July 27, 2009

Jenguk-jenguk di Kuala Kedah

Pada 17 Julai 2009 yg lalu, kami sekeluarga lepas balik kerja bersiap balik Ke Kuala Kedah. Balik bermalam disana kat Rumah 'Tok Ant' Arif panggil, sbb tok ni ada tahi lalat hidup di muka. Waktu Arif kecik2 dulu, dia pernah tampar muka tok (toksu) dia ni sbb sangka ada ANT kat muka tok dia. Pastu si Tok tu pun terkejutlah bila arif tampar mukanya dan bagitau kata ada ant kat muka tok. Sejak tu Arif terus panggil tu Tok Ant (sebenarnya toksu dialah). Kami sekeluarga akan balik ke rumah tok ant (toksu) kalau tak balik ke SP. Itulah rutin kami setiap minggu.

Tok Ant ni sebelah keluarga abah. Tok Ant ni ialah maksu abah. Abah pernah cerita kat mama, abah dapat biasiswa TNB waktu study degree kat UTM dulu. Hehehe...bagi mama, abah abang-adik ni pandai lah dari mama sbb abah masuk universiti awai dari mama. Dapat pulak biasiswa. Mama pulak kena tanggung hutang PTPTN yang masih belum selesai lagi. Aduss sedihnya tanggung hutang ni.
Emm...cerita pasai Tok Ant ni, abah kata sepanjang dia kat universiti dulu, duit biasiswa dia tak cukup jadi Tok Ant ni lah yg akan membantu abah dari segi kewangan. Abah abang adik ni anak yatim dari kecik dan Tok Ant ni pulak tak ada anak. Jadi, mmg dah takdir lah kot, abah ni jadi cam lebih kurang anak Tok Ant lah.

Cerita pasai Kuala Kedah ni, mmg best kat sini. Kalau waktu nak sarapan di Kuala Kedah ni, macam2 ada. Ada jugak yg tak pernah mama makan kat SP ada di sini. Tapi kalau Kuala Kedah yg paling famous ialah Laksa Teluk Kechai dia.

Ni ada beberapa gambar yang mama sempat snap waktu pagi dalam pukui 10 - 11 pagi di Kuala Kedah. Jeti (Pasar) kecik ni biasanya akan dikunjungi oleh penduduk tempatan saja kot. Sbb ada lagi pasar yang lebih besar. Ramai org kat situ. Tapi mama tak pi lah kat situ sbb ramai.
Ok, kat pasar (jeti) kecik ni, kaum isteri-isteri nelayan kuala kedah akan memasarkan sendiri hasil laut si suami. Bagus kan ada perasaan bantu membantu. Bagi mama, cara cam ni, kaum nelayan ni akan dapat untung yang lebih berbanding dijual kepada peraih-peraih ikan. Cara cam ni, org ramai pun suka jugak beli sbb mungkin murah lah sikit dari pasaran. Mama tak tau sangat pasai harga dia sbb tak turun pun.

Oklah, jom tgk beberapa keping gambar yg sempat mama snap.









Asalnya yg ni akan dijadikan Hotel Marina, tapi tak taulah pasai apa perancangan awal tu tak menjadi. Emm..., kalau jadi hotel area depan ni taklah dipenuhi semak ye..jgn marah ya...

Abah yang sedang beli jagung rebus untuk kami ngap on the balik ke SP. Jagung2 byk dijual sepanjang jalan kat Gurun ni.

2 comments:

  1. salam

    liza, beli udang lipan daq kt kola kedah..sedap bakaq dgn butter...

    hanim

    ReplyDelete
  2. ooo...udang tu mmg sedap. liza selalu goreng ja. kalau masak ngan butter camana? Hanim bagitau resepi kat liza. Boleh gak try nih... email kat liza pun ok. su.aliza@gmai.com atau su_aliza@unimap.edu.my

    ReplyDelete