Thursday, July 23, 2009

ToK GunTing RaMbuT ZaKiaH KaLi PeRtaMa

Dah lama rasanya mama tak update blog ni. Mama sibuk lah sikit sejak bukak balik Semester 1 2009/2010 ni. Banyak sangat pelajar dok mai jumpak mama. Tapi hari ni mama sempat sekejap nak cerita buat tatapan adik (Zakiah) ngan abg (Arif) nanti. (hehehe...kalau boleh tgk lagi la blog ni masa tu nanti).

Oklah mama nak cerita. Zakiah ni anak mama no.2. Mama sayang sangat dengan zakiah. sama cam mama sayang abg dia Arif.
Pada hari Sabtu 18 Julai 2009 yang lalu, adalah kali pertama seumur hidup zakiah gunting rambut. Hehehe....rambut Zakiah ni abg dia kata cam MAGGI. Jadi, mmg susahlah sikit nak gunting, tapi ada jugak baguihnya, kalau gunting senget2 pun takpa sbb maggi kan mana ada sama panjang. hehehhe.

Petang tu, waktu mama tgh dukung Zakiah mmg elok sangat tak pakai baju, tok pun pegang2 rambut Zakiah sambil kata kat mama, apa kata kalau kita gunting sikit rambut Zakiah? Mama pun setujulah. Tok pun pi ambik gunting dan memulakan kerjanya. Kalau adik (Zakiah) nak tau, rambut mama pun selalu tok yg gunting. Seumur hidup mama hingga sekarang ni, mama pergi gunting rambut kat kedai tak sampai 5 kali lagi kot. Mama selesa lagi ngan tok. Ha, jgn terkejut, mama nak fesyen apa pun tok pandai la jugak buat. Tapi ada kalanya tak jugak jadi. Kehkehkeh.
Buat tatapan adik bila besar nanti, biarlah mama cerita pasai tok adik sikit. Tok adik ni mmg berani orgnya. Waktu mama kecik2 dulu umur 5 tahun teringin sangat nak pakai subang kat telinga. Ha, waktu tu, tok ngan tokwan lah yg cucuk lubang kat telinga mama. Adoi, tok buat kat mama mentah2 guna jarum dan tokwan tolong tok pegang kaki ngan tangan mama. Adoi, sakitnya. Ha, lagi satu, tok adik ni, kalau mama sakit gigi, tok yg akan tolong cabut. Adoi. Mmg berani sangat lah tok ni kat anak2 dia. Ish, mama ni dah salah tajuk ni. nak cerita pasai adik gunting rambut ka pasai tok kesayang adik ni.
Emm, tak palah mana-mana pun. Bagi mama, dua org ni mmg org yg tetap menjadi pujaan hati mama.
Kamera mama tertinggai di rumah tok, kalau ada gambar adik berambut baru dalam kamera ni nanti mama upload kan.

No comments:

Post a Comment