Thursday, July 2, 2009

JoM Ke MeLaKa

Kali ni mama nak masukkan gambar-gambar semasa kat Melaka ikut abah buat LI awai Mei hari tu. Masa kat Melaka, mula-mula sekali, kami semua naik Menara Taming Sari dulu. Arif kalau ditanya, "Apa yang paling Best kat Melaka?", Arif akan jawab dia suka sangat naik Menara Taming Sari.
Oklah, lepas naik Menara Taming Sari, kami naik beca ke A Famosa. Dekat saja, jalan kaki pun boleh, tapi saja nak bagi Arif ngan Zakiah baik beca. Bak kata org Penang, naik Lancha.
Kami naik beca ke A Famosa, tunjuk kesan2 sejarah kat Arif, lepas tu naik beca balik ke River Cruise. Tiket nak naik tu Dewasa RM10 dan kanak2 RM5. Taklah mahal. Mahal lagi masuk kat Aquaria hari tu. Hehehe....
Jomlah tgk gelagat Arif ngan Zakiah...
Sebelum naik Menara Taming Sari

Tunggu giliran nak naik Menara Taming Sari

Arif yang berani tengok bawah dan pemandangan dari atas Menara Taming Sari


Gambar Eye On Malaysia yang diambil dari atas Menara Taming Sari


Adik yang tak suka dikontrol ngan abah...





Jom kita Naik Beca pi A Famosa pulak ye..
Ni beca yang Arif ngan Tokwan naik. Naik beca dari Menara Taming Sari nak pi ke A Famosa, lepas tu ke River Cruise. Bayaran dikenakan RM20 ya satu beca. Mama ngan zakiah dan tok naik beca lain ya. Abah jalan kaki saja. Dekat ja semua ni. Tapi abah yang sampai dulu. Huhuhu...
Ni kat bawah perut kapal terbang lama... Semua ni sekitar kota A Famosa saja.


Arif semangat sangat main meriam...ha...jaga2 takut meletup ya.... Arif.


Arif nampak dah letih sangat....








Pose Zakiah sebelum turun dari beca, naik River Cruise lah pulak ye...


Jom pi naik River Cruise lak pulak ya....Cantik pemandangan sini, tapi org tempatan sini kata, kalau naik waktu malam menyelusuri sungai ni lagi cantik sbb byk lampu2. tapi nak tunggu malam, dah nak balik daa.....


Sementara belum naik River Cruise, sempat lagi tokwan balut rokok daun dia...hehehe...




Gambar mama ni, Arif yg ambil...





X leh pi Venice, dapat naik River Cruise Melaka pun jadilah....






Arif dah letih laa.....tidoq sat no...
* Kalau abah tanya mama nak pi Melaka dak lagi? hehehe...mesti mau lah, rasa dah jatuh cinta la ngan Melaka. Kat Melaka, makan pun tak mahai sangat cam KL.

3 comments:

  1. besaq dah zakiah ...comeinya...

    ReplyDelete
  2. hahhaha....zakiah yg berambut maggie. jida ngan jiha pun dah cantik dah sekarang. nak dapat adik dah depa tu...tahniah ya.

    ReplyDelete
  3. wah puan pun ade blog...keep it up..:-)

    ReplyDelete