Monday, July 27, 2009

Terkejut H1N1 menular di sini

Assalamualaikum...,

Pagi tadi bila mama bangun tgk kat hpon mama ada 1 message masuk. Mama pun bacalah msg tu. Msg tu datang dari dekan mama, mohon semua kuliah/makmal pada hari ini 27 Julai 2009 di batalkan. Waktu mama baca msg tu mama dapat agak sbb semua agenda terpaksa dibatalkan tu. Mama bagitau kat abah pasai msg tu, abah terus menjawab pasai perkara yg mama fikirkan tu. Tapi mmg mama tak mau lah sebut pasai kuman tu dan dalam hati mama tetap berdoa agar perasaan mama tu tak betul.

Pukul 11.00 pagi, dekan nak jumpa dengan semua staf kat school mama. Dekan bagitau sbb2 semua kuliah/makmal dibatalkan. Benarlah sangkaan mama. Dekan maklum ada 4 orang pelajar di universiti ini positive kuman tu. Ini kes yg pertama positive di Negeri Perlis ini. Byk juga pelajar yg rapat dengan 4 orang pelajar tu kena kuarantin. Dekan mohon semua staf digalakkan memakai musk bagi mengelakkan dari jangkitan kuman tu. Dekan jugak mintak semua staf kerap menbasuh tangan dengan bersih. Brosur pasai pencegahan kuman tu juga diberikan pagi tadi. Dekan memaklumkan bahawa semua kuliah/makmal akan tetap berlansung seperti biasa pada esok hari. (28 Julai 2009).

Harapan mama, semoga Allah melindungi kita semua disamping kita berusaha menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Lagipun, ALLAH mengajar kita sebagai umat ISLAM perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih. (Bersih tubuh badan, persekitaran dan juga bersih hati)

No comments:

Post a Comment