Monday, January 30, 2012

CNY 2012 - Cameron Highland

Assalamualaikum...,

Masa CNY 2012 pada 23 dan 24 Jan baru2 ni, kami sekeluarga pi Cameron Highland. Sebenarnya mmg tadak niat pun nak ke sana. Niat sebenarnya nak ke KL tapi tak jadi. Pastu anak2 mama yg dua org yg pandai bercakap dah tu nak pi jalan2 jugak. Disebabkan kesian kat depa 2 org maka mama dan abah mai lah kerabat gunung ka bukit ahhh Cameron Highland tu? X pa lah apa2 pun. Kami semua pi ajak tok dgn tokwan serta pakcik rudy n family dia.

Huhuhuhu........masa nak kerabat Cameron Highland tu mak aih....punyalah seksanya rasa cam nak patah balik ja memandangkan mmg tak tempah mana2 hotel pun lagi masa tu. Punya lah jem teruknya. Tapi penuh kesabaran abah bawak keta jugak naik. Keta mati enjin beberapa kali lah jugak. Rasanya adalah 4 kali kot. Keta2 pengunjung lain kesian lah jugak, byk yg tersadai tepi jalan sbb dah panas kot enjin keta depa. Keta pakcik pun byk kali jugak tersadai.

Akhirnya dgn jayanya sampailah jugak kami di atas. Dah Maghrib. Letih arr......rasanya lain kali masa musim2 perayaan tak mau pi dah. Duduk diam2 di rumah lah bila fikirkan masa jem teruk nak kerabat bukit tu....huhuhuhu.....

Malam tu kami bermalam di Golden Nite Hotel, dan Pakcik di Tudor Hotel. Nasib baik ada hotel yg kosong masa tu. Esok pagi terus siap2 utk check out untuk keluar jalan2 dan balik.

Kenapa 1 malam ja? Fuhhh...time2 perayaan dan cuti sekolah pulak tu, harga sewa hotel melambung.:( Lagipun kami tak ada plan nak duduk lama di situ.

On the way nak balik, semua tempat susah nak berhenti. Kami cuma berhenti di Garden Green View saja. jadi Pose kami kat situ sajalah.....hihihihi....

Cerita masa sampai tu, Adam punyalah seronok sbb sejuk. Yg abg dgn kakak dia takyah cerita lah sbb depa mmg seronok habih. Masa time tidoq tu, tgh malam Adam dah mula gelisah sbb hidung dia selsema terus. Kesian kat dia, nak tidoq susah. Asyik sondoi ketiak mama dia saja.....mama peluk Adam pagi dia selesa.



3 beranak

Adam yg bermata bakup

Adam dgn mama

2 adik (Adik Zakiah dan Adik Daniel)
4 beradik
Masa sayang kat abg. kalau masa gaduh, teruk adik kena dgn abg. Adik pun garang sangat..

Anak2 sedang bermesyuarat....hahahhaha....yg kecik hanya angguk, sbb tu tunduk saja.....hahhaha

Jom kita balik sayang mama nih. Nanti kita mai lagi na...abah.
Muka Adam dah naik merah2 dah sbb panas masa perjalanan pi ke Cameron Highland

Gambar terbaru Adam Muhammad - masa umur 6 bulan





Hari Pertama Abang dan Adik Masuk sekolah (04 Jan 2012)

Dah lama mama tak sempat nak updated gambar2 terbaru cinta hati mama ni. Baru sempat hari ni nak update. Tak apalah. Memori mama masih kuat lagi nak tulis cerita ni. Ni semua gambar2 abang dan adik yg mama n abah ambik masa hari first abang dan adik sekolah iaitu pada 04 Januari 2012. Tarikh ni abang Arif dah masuk Darjah 1 dan adik Zakiah pulak masuk kelas Pra Sekolah 5 Tahun. Hari mula ni, abang dan adik sangat bersemangat bangun awai pagi untuk ke sekolah. Riuh rendah rumah di awai pagi. Masing2 sibuk dan bersemangat. Mama pun cuti hari ni.
Alhamdulillah, sampai ke hari mama tulis blog ni rasanya dah 2 minggu lebih abang dan adik bersekolah. Alhamdulillah, hingga ke hari ni abang dan adik tetap bersemangat seperti biasa. Moga akan terus kekal spt ni dan moga anak2 mama dan abah ni akan beroleh kejayaan dan ilmu yg bermanafaat. Amin.
Ambik gambar dulu sebelum pi sekolah. Masa ni dalam pukui 7.15 pagi
Abang dan adik sangat bersemangat sbb dapat satu sekolah
Sempat lagi pose dgn adik Adam
Arif yg rilek saja dalam kelas. Masa ni dah lepas masa rehat di kantin
Gambar adik dalam kelas. Duduk sebelah dgn Teh (panggilan nama di rumah teh. Nama betui Teh mama tak ingat. Klu x salah nama dia I'zzad)
Apa yg adik buat ni???
Masa nak balik dah.....masing2 pakai kasut. Adik tgh sibuk pakai kasut. Fitri tgh sibuk kalih stokin. Fitri tu kawan yg duduk di rumah Mak yg sama dgn adik. Maka time balik sekolah, depa akan balik sama2.