Wednesday, August 25, 2010

Keta Kenari Aerosport Auto

Assalamualaikum...,

Entry mama kali ni adalah untuk kenang-kenangan anak2 mama di masa akan datang kiranya blog mama ni masih boleh view. Mungkin sebelum kereta mama ni akan dijual. Ingatlah bahawa kereta ni adalah hadiah abah kpd mama selepas mama keguguran pada akhir Jun 2010 hari tu. Kereta ni mmg best. Terima kasih abah. I luv u. Hihihi....bukan luv sbb dapat keta ya tapi mmg luv abah setiap masa...as my husband n my dad to my lovely kids. Emmm......mama suka keta ni sbb laju n boleh cilok2 masa mama dah lewat nak pi opis. Alahai jarak opis mama dgn rumah adalah dalam 8km. Tapi kalau dulu lagi dekat dalam 2km tak sampai kot. Sebenarnya mama dah letih bawak keta pajero abah tu sbb tinggi nak kena panjat masa nak naik keta. Tu saja. tadak sbb lain pun. Kalau ikut hati mama lagi suka bawak keta pajero tu sbb tinggi dan besaq. hihihi....org kurang rapat ngan mama..Tak apalah apa pun, mama nak save gambar kereta mama ni sebelum kena juai. Walau pun baru sangat mama guna kereta ni dan tadak apa2 pun cacat celanya kereta ni tapi tak tau la lama mana keta ni akan berkhidmat ngan kita semua.



Wednesday, August 11, 2010

SaLaM RaMaDhaN

Assalammualaikum....,

Wah dah lama betui mama tak hapdet blog mama ni. Mama ada masalah kesihatan baru-baru ni. Mama gugur untuk kali kedua pada tahun ini. Tak maulah mama ingat lagi. Sedih rasanya. malas nak bercerita.

Sempena bulan Ramadhan ni, mama nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh family mama dan kawan2 mama termasuklah kawan2 mama di alam siber ini. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk mengejar dan melakukan segala kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini. Semoga kita akan diberkati ALLAH.

Tahun ni, memandangkan usia Arif dah pun 5 tahun, mama dah mula melatih Arif berpuasa. Semalam (10 Ogos 2010), mama dah ajarkan anak sulung kesayangan mama ni niat berpuasa dan hari ni Arif mula berpuasa buat pertama kalinya dalam hidup Arif. Doa mama semoga Arif akan tabah dan kuat menjalani ibadah puasa. Disebabkan nak pujuk Arif untuk hari ini, mama dah pun berjanji akan bawak Arif pi Pasar Ramadhan hari ni dan apa yg Arif nak makan, mama akan belikan. Hihihihi.....Arif tak dibenarkan beli Kebab ya sebab mama risau kalau Arif gemuk nanti.

Oklah, sampai di sini dulu catitan mama untuk anak2 mama dan kawan2 mama.
Bye.
Wassalam.