Monday, September 28, 2009

Hari Raya 2009

Assalammualaikum wbt.
N3 mama kali ni pasai raya ler. Raya tahun ni, mama cam biasa akan ambik cuti selama seminggu. Niat di hati nak lama lagi, tapi apakan daya, soklan exam byk sangat dok menanti mama untuk diedit dan dihantar ke Unit Exam. Huhuhuhu....
Abah pulak tahun ni tak payah la nak pohon cuti lagi. Sbb abah dah ada di 2 alam. 1 alam dia sebagai student kat Universiti ni. dan 1 lagi dia sebagai staf di Universiti ni. Tapi sebagai staf, abah akan mengajar sampai takat semester 1 2009/2010 ni sahaja. Lepas tu, abah akan cuti belajar selama 3 tahun habihkan PhD dia (Kalau habih ontime la 3 tahun tu). Doa mama semoga laluan hidup abah dipermudahkan ALLAH.
Em.... raya tahun ni, tak byk sangat gambar yg boleh diambil. Sbb dia, mama dah ada seorang cameraman yang tak bertauliah. Cameraman mama tu baru umur 4 tahun setengah dan baru boleh baca sikit2. Boleh kira sampai 100 dah. Tapi apa2 pun mama sangat sayang dan berterima kasih pada cameraman mama tu.
Em....cameraman mama tu, asyik2 ambik gambar kak ton n kak dayah kesukaan dia saja. Emm...tak apalah camana pun.
Ceritera pasai Cameraman/jurufoto mama ni. Asyik dok ambik gambar sana sini, bila bateri camera tu dah habih, si Arif nak buang dalam longkang camera tu sbb dia kata camera dia dah rosak. Alahai Arif, sib baik abah nampak. Bila abah tanya, arif kata kat abah camera arif dah rosaklah abah, dah takleh ambik gambar dah ni. Cuba abah tengok. Alahai, si abah pun tgk rupa2nya bateri dah habis. Abah pun terangkanlah kat Arif yg camera ni cam h/pon juga. Bila bateri dah habih, kena lah caj balik. Ooo....cam tu, barulah Arif faham. Selamat camera mama yg dah dekat rosak sbb digunakan sepenuhnya oleh cameraman mama yg pakai main "keroneih ja mana-mana button" yg patut sbb nak baca belum tau sangat lagi. baru sikit2 boleh baca. Huhuhuhu...
Nanti bila mama dapat balik camera tu, mama akan upload gambar yg diambil oleh Arif. Buat masa sekarang, camera tu Arif kata dah jadi hak milik dia. Huhuhuhu....nampak gayanya mama kena beli lain la...kena mula simpan duit nak beli kamera baru nih....
Wassalam.
Lupa pulak mama, tarikh hari raya aidilfitri tahun ni adalah 20/09/2009. (20092009). Lawa je tarikhnya.

2 comments:

  1. liza

    selamat hari raya, maaf zahir batin...

    hanim

    ReplyDelete
  2. Hanim,

    Selamat Hari Raya Adiilfitri jugak buat Hanim sekeluarga. Maaf Zahir Batin. Bila due yg ketiga ni Hanim?

    ReplyDelete