Monday, April 18, 2011

Hari Pertama Zakiah Pakai Uniform - 18 April 2011



Assalammualaikum wbt,


Hari ni entry mama pasai Adik Zakiah. Adik Zakiah sebenarnya baru berumur 4 tahun pada tahun ni tapi sebenarnya mama dah hantar adik ke sekolah. Saja mama hantar awai sbb nak bagi adik kenal kawan2, suasana sekolah dan mula menyanyi ABC... Adik adalah pelajar paling muda dalam kelas tu. sbb adik seorang saja yg berumur 4 tahun, yg lain semua dah 5 dan 6 tahun.



Ok, bercerita pasai adik Zakiah yg mula sekolah, dalam bulan Januari hari tu, adalah 2 hari kot adik pi sekolah, bulan Februari pun sama jugak, bulan March adalah dalam dekat2 3 minggu jugak lah adik pi sekolah. Bila ditanya kenapa adik tak mau pi sekolah, Adik ada bagitau mama satu perkara yg mungkin mama tak pernah terlintas. Selalu mama + abah paksa saja adik pi sekolah.



Sebenarnya, ada satu perkara yg mama tak pernah terlintas di fikiran mama. Selalu, mama atau abah akan pakaikan adik Zakiah dengan seluar track dan t-shirt biru atau putih yg jenis potongan perempuan (yg ada kolar n ada shape lah sikit, ewah). Mmg diakui, t-shirt adik Zakiah tu cantik, byk yg tanya pada mama beli di mana T-shirt yg ada potongan utk kanak2 perempuan. (kiranya, semua org puji lah bila tgk t-shirt tu kemas dan cantik). Tapi, malangnya, mama + abah tak tau apa yg berlaku pada adik. Memulanya adik selalu mengadu pada mama yg kawan2 dia perempuan semua tak mau kawan dengan adik sbb depa kata adik lelaki. Bila time makan atau time beratur, kawan2 perempuan semua suruh adik makan dan beratur dengan budak lelaki. Adik tamau lah cam tu mama. Aduhai.....bila dengar tu, mula2 mama ingat tu biasa saja, tapi terfikir jugak bahawa budak2 tadika pun pandai nak mengejek kawan2. Ingat mama, zaman tu cuma masa mama bersekolah adhulu saja. Rupanya sangkaan mama tu salah.


Mama cuba pujuk adik dengan cara, adik bagitau lah kawan2 kata adik ni perempuan, tgk rambut adik panjang. Lagipun, kalau adik pakai seluar, adik senang nak bergerak, nak duduk, nak berlari pun senang. (Sebenarnya, kawan2 adik pakai baju kurung uniform dalam kelas.) Alkisahnya, bila setiap kali balik kg, tok pun tanya pada adik pasai apa adik tamau pi sekolah, adik bagi jawapan yg sama. Jadi, tok pun suruh mama pakaikan adik dengan uniform sekolah adik. Kain sekolah adik yg ketat dan kecik tu, masa mama, abah, abg n adik ke PISA pada 17/04/2011 tu, tok dgn wan keluar cari kain sekolah utk adik. Emm.....dgn manis dan ayunya adik pergi sekolah hari ni.....(18/04/2011). Cikgu pun puji adik cantik sangat hari ni setelah sekian lama adik tak pergi sekolah.....


Masa ambik adik dari sekolah, sempatlah mama snap gambar adik beruniform.


Mudah-mudahan, lepas ni adik rajin ke sekolah, boleh sekolah pandai2 dan jadi Doktor Zakiah (hihihi.......cita-cita adik nak jadi Doktor Gigi). Mudah-mudahan tercapai hendaknya cita-cita adik tu.

Amin......



kawan adik pun nak ambik gambar jugak masa ni tapi adik nangis sbb adik nak ambik gambar dgn abg.




Wajah ceria adik pukui 1.00 petang di depan pintu sekolah.


Abang + adik anak mama tercinta

Adik masuk balik dalam kelas masa mama nak bayar yuran sekolah, adik dok main dgn abg.
Tekun adik dgn abg main dalam kelas.



Aktiviti sebelum adik dan abg mama hantar kat rumah mak masing-masing, adik tgh tunggu abg kebab buat kebab utk adik. Hihihihi....abg dah makan tadi, sbb abg balik sekolah awai, nak tunggu adik, sebijik kebab abg dah ngappp.....alhamdulillah...

2 comments:

  1. wahh.. zakiah dah gi sekolah yer.. dah pandai mbaca tak? nanti leh baca apa yang maklong komen untuk zakiah.. blajar rajin2 tau.. cayunk dia ngan abg arif.

    ReplyDelete
  2. amboi taip panjang-panjang aih kak liza

    ReplyDelete