Assalamualaikum....,
Fuhh....dah lama sangat dah mama tak update blog mama ni. Nak buat camana, dah masa mama tak sempat nak upload, tapi kehidupan kita sekeluarga untuk pengetahuan Arif n adik adalah seperti biasa. Masa awal Januari hari tu, cerita yg mama tak upload adalah cerita pasai Adik Zakiah masuk sekolah. Tak apalah, simpan dalam kepala mama ya cerita tu. Emm.....ni cerita pertama kali, Arif, Zakiah, Abah dan mama pergi ke Cameron Highlands. Mungkin agak lucu bila bagitau abah pun pertama kali pergi. Tapi tu mmg betui pun. Yalah, abah Arif dan adik kan anak yatim piatu dari kecil lagi, mmg tak berkesempatan lah abah nak pergi jalan2. Tapi Allah tu Maha Mengetahui, Allah izinkan abah belajar hingga peringkat PhD (insyaALLAH tahun depan lengkaplah PhD abah. Mama doakan abah berjaya. Amin....). Ya, kali pertama jugak lah buat mama ke Cameron Highlands ni sbb kali pertama mama sampai masa umur mama 17 tahun, masa tu, mama datang sbb cikgu sekolah bawak sapa2 pelajar yg dapat result percubaan SPM elok. Jadi mama berkesempatan la, tapi seingat mama sekadar duduk di hotel sahaja, tak ada jalan2 ke mana2 tempat pun di Cameron Highlands masa tu. Kali kedua mama datang, masa adik zakiah dalam perut mama berusia 7 bulan setengah. Masa tu mama kena kursus di Hotel Equatorial. Mama datang semata-mata berkursus lah jugak, tak ada pi jalan mana2 pun, sekadar tepi2 hotel saja. Dan kali ni, mama, abah, arif n adik datang bersama2 sekeluarga dan dalam keluarga yg ramai2. Kali ni mmg best sbb semua tempat mama pergi.....Alhamdulillah, perjalanan kami semasa pergi dan balik selamat. Kami berada di Cameron Highlands dari 10-12 Mac 2011. Tujuan utama datang ni, ialah sbb arif selalu bagitau dia nak ke Cameron. Jadi, maksu mama tempahlah penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Best jugak situ. Tapi malangnya mama tak boleh tempah disitu sbb mama dan abah bekerja dengan Badan Berkanun. Emm.......nak buat camana. Tak apalah, tok wan pun boleh tempah sbb tokwan pencen kerajaan.
Cerita pasai membeli belah, byk jugak yg mama beli, mama beli buah oren, byk...., jagung pun byk....tapi sayang sekali, sampai di bawah (bila dah balik SP) jagung2 mama kecut dan tak manis dah......alahai....terkena rasanya...tak apalah, pengalaman...buah oren pn sama gak, bila makan di atas tu, punyalah manisnya, bila sampai di bawah, biasa2 saja rasanya.....emmmm....
Apapun, pengalaman pergi bersama keluarga besaq mama (keluarga mama + tok dgn tokwan, adik mama n mertua dia, maksu mama (adik tok Arif Zakiah) sekeluarga) mmg best ke Cameron. Dan, insyaALLAH, Arif dan Zakiah kata nak pi lagi Cameron Highlands dan kami sekeluarga mungkin akan pergi dengan keluarga besaq abah pulak pada hujung Jun 2011 ini sebelum mama bersalin......(hihihi....bila dah bersalin susah nak jalan2 dah....kena tunggu sampai adik kecik besaq sikit baru leh jalan.....hihihi)
Berikut mama tinggalkan kenang-kenangan beberapa keping gambar2 kami semasa pertama kali ke Cameron Highlands.....
Ni, gambar masa mula2 Arif dan Adik mula jejakkan kaki di Cameron Highlands. Ni jugak gambar tempat yg pertama kami berhenti pada hari yg pertama di Cameron Highlands
Arif tunjuk buah strawberi......yg dia teringin sangat nak makan masa mama pregnant kan arif....puas cari kat supermarket di perlis n Alor Star masa tu cari buah strawberi, tapi mmg tak ada masa tu, n di SP pun buah tu dah ada masa lepas 3-4 minggu lepas mama betui2 teringin nak makan buah strawberi masa tu.....huhuhu....ok lah, dapat jugak makan. kan Arif kan.....
Adik, tunjuk kat mana buah strawberi seolah-olah mama tak pernah tgk buah tu sebelum ni.....hihihi......tapi ada yg jeling2 kat belakang adik tu....
Abah dekat dgn abg tapi perhatikan adik, takut adik buat hal......mintak beli macam2......hihihihi......
Mama + adik
Zakiah dan Maksu B. Nama sebenar maksu B = Norazian Adlina....hihihi....B tu utk baby.....panggilan dia di rumah...
Zakiah, penggemar setia buah limau, bila2 pun kalau nampak buah limau, pasti mama kena belikan untuknya, x hairan lah masa mama pregnant kan Zakiah, mama boleh habiskan buah limau sekilo sehari dalam masa opis hour.....huhuhu.......sbb tu lah sama Zakiah sangat suka warna oren......hihihihi
bestnye pi cameron ramai2..
ReplyDelete