Monday, December 6, 2010

Twisster n diikuti banjir

Assalamualaikum wbt.

N3 ni lama mama simpan dalam ingatan mama sbb pertama kalinya mama tgk twisster (puting beliung) betui2 secara nyata. Kejadian ni berlaku pada hari Khamis 28 Oktober 2010. Petang tu entah kenapa hati mama tergerak untuk keluar awai sikit dari opis mama dalam pukui 4.40 petang. Selalunya mmg mama akan balik lewat. Dalam pukui 5.30 baru keluar pejabat. Mungkin ALLAH nak tunjuk depan mata mama.

Kejadian ni mula mama sedar masa berada di Roundabout Kangar. Mama nampak satu putaran angin yg putih makin menurun ke tanah. Abah sempat rakam kejadian tu. Makin lama, makin besar dia turun n semakin gelap warnanya. Masa mama dah sampai di area jejawi, mama nampak seolah2 twisster tu turun di area depan JPJ jejawi n sekelip mata lintas ke kawasan rumah Mak A'ah (Mak Arif) n Mak Nisya (Mak adik). Mama n abah berhenti kereta sbb risau nak redah jugak. Bila rasa cam dah reda, kami pi rumah mak aah. masa tu semua sampah berterbangan di udara. Takut tgk. kami terus dapatkan Arif. Arif menangis sbb takut tgk semua tu. Mak A'ah kata puting beliung tu pi kat area rumah Liza. Pastu, kami pi ambik pulak adik kat rumah mak dia. Adik tatau apa2 sbb sibuk main dalam rumah.

Lepas tu kami balik rumah. Hujan dah mula lebat. Sampai di teman taman rumah kami, sedih tgk rumah2 jiran kena teruk. Berdebar jugak tgk rumah kami bila mnampak awning di parking kereta patah. Sampai di rumah, mama terus masuk cek dalam rumah mungkin apa bumbung yg terangkat atau tingkap2 yang pecah. Alhamdulillah, cuma awning saja yg terkena. Tapi rumah jiran2 yg satu taman dengan rumah mama ni kena teruk. Byk bumbung diterbangkan puting beliung tu. Kesian sangat tgk. Tapi nak buat camana. Dah ketentuan ALLAH. Mungkin ada hikmahnya Allah nak tunjuk pada kita semua. Rupanya Allah nak turunkan banjir besar di Utara Semenanjung baru2 ni. Itu sebahagian dari tanda2 Kekuasaan ALLAH. Tapi ada nikmat ALLAH selepas banjir.


masa ni puting beliung masih di atas lagi. Masih kecik lagi masa ni. mama ada dekat area Esso taman sena.

Awning rumah kami yg patah.

Awning yg patah, n motor yg terbalik.


Kedai depan taman rumah mama



rumah depan rumah mama, teruk kena. Kesian depa. tercabut bumbung.


Rumah teres 2 tingkat di bahagian depan sekali taman ni. Teruk jugak kena.




No comments:

Post a Comment