Wednesday, December 1, 2010

Kursus Kenegaraan (BTN)

(ni gambar masa first time check-in awai n masa ni boleh guna hpon lagi sbb urusetia belum bagi arahan takleh guna lagi masa tu. Ni saja gambar yg sempat ambik. nak tunjuk yg mama makan dalam tray n kole...hihihi....ni dgn kawan baru mama, nama suhaila cikgu sek. jeneri)

Assalamualaikum...



Kali ni entry mama pasal Kursus Kenegaraan BTN yang mama hadir minggu lepas. Huhuhuhu.......penatnya....masa dalam kursus tu. Tak ada masa senggang lagi tu. Huhuhu....sib baik mama bawak byk baju kurusng putih yang diwakafkan oleh kawan-kawan mama (Auntie Puya, Auntie Dayang n ramai lagi). Terima kasih ya untuk kawan2 mama yg dah buat baju kurung putih tu sebagai wakaf kepada kawan2 lain yang belum pi BTN lagi.


Emm....masa di BTN, hari pertama, mama check-in awai. Ewah, takut lewat, nanti malu pulak. Ya lah, mama ikut BTN tu bukan dalam kumpulan sekerja dgn mama. Hanya mama yg tunggal datang dari Kementerian Pengajian Tinggi. Yg lain kebanyakkan datang dari Kementerian Pendidikan (ramai sangat - al maklumlah time cuti sekolah), Kementerian Kesihatan (seorang saja) dan Kementerian Pertanian. Semua peserta seramai 110 orang (69 perempuan dan 41 lelaki)


Ok, BTN tu, mama kena buat di Pusat Latihan Naka, Kedah. Aduhai, tu la pertama kali mama sampai di Naka. Isi kandungan program tu mmg best, tapi letih n ngantuknya takyah cerita la, mama yg jenis tak tidoq siang pun boleh tertidoq masa kaum adam sembahyang Jumaat. Lega lah sat rasa. Bab mandi, kolah pun ada, bilik air separa n kolah lah jugak.


Bab kawad, biasa2 saja, tak lah lasak sangat. Bab Kembara?? Aduhai, betapa jauhnya tak tahu la mama nak agak tapi jauh lah jugak n rasa nak krem lah betis mama nih. Dah tu kena dalam hujan pulak tu...Huhuhu.....sampai cam nak demam dah mama nih, tapi dgn tekad nak lulus jugak BTN nih, mama dan semua peserta gagah jugak buat kecualilah kes ibu-ibu mengandung. Bab lari 2km, masa cuma diberikan 15 minit, huhuhu....mama ingat mama takleh capai dah target tu tapi alhamdulillah, mama lepas n berbaki lagi dari masa yg diberikan.


Masa di BTN ni, Bab Makan?? 2 jam sekali makan, mmg mewah la bab2 makan.

Bab malam akhir paling best n sedih. Sedih sbb nak berpisah dah dgn kawan2 n sedih sbb mengenangkan nasib bangsa dan masa depan negara mama, n sedih sbb tak baca buku lagi, huhuhuhu....esok awal pagi ada exam....mama wajib lulus untuk masa depan kerjaya mama....huhuhu.....doakan mama lulus. Amin.....
*Semoga anak2 bangsaku pada masa hadapan akan sentiasa beringat.


No comments:

Post a Comment