Tuesday, May 25, 2010

~ Kad dari ARIF ~




Assalamualaikum...

Lama sungguh mama tak update blog mama nih. Tak apalah sebelum mengakhiri bulan Mei ini mama nak simpan cerita ni sebagai satu koleksi dalam hidup mama.

Pertama kali mama dalam seumur hidup ini, mama terima kad SELAMAT HARI IBU dari anak sulung mama yang berumur 5 (ARIF).

Terima kasih ARIF. Mama sayang sangat2 kat anak2 mama. Walaupun usia ARIF baru 5 tahun, mama tetap hargai lukisan dan tulisan ARIF untuk mama.

Semoga mama akan menjadi mama yg baik untuk anak2 mama serta mama yg mithali. Dan semoga anak2 mama membesar dengan penuh limpahan kasih sayang serta menjadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Arif n adik mesti jadi anak yg soleh dan solehah ya.

***Ingatlah anak2 mama, mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mama hingga akhir hayat mama. Ingatlah juga bahawa tiada seorang ibu pun yg mahukan perkara yang buruk berlaku pada anak-anaknya. Sesungguhnya syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. ***

No comments:

Post a Comment