Monday, May 10, 2010

09 Mei ~ SeLaMaT HaRi iBu ~

Assalammualaikum...

Dah lama sangat mama tak update blog mama ni. Entahlah apa yg sibuk sangat. Hari ni dah sehari dah lepas Hari Ibu...

Sesungguhnya, mama sangat2 sayangkan mak mama. Bagi mama, mak adalah segala-galanya dalam dunia ini. Jadi, mama pun tak nak ketinggalam nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu. Sesungguhnya hati dan jiwa seorang ibu itu sangat tabah...

Oklah, mama nak cerita pasai mak mama. Mak mama ni garang orangnya, tapi sangat pandai masak, sangat berani dan berjiwa cekal. Masa mama kecik-kecik dulu, hidup kami sekeluarga susah, hanya abah mama yg bekerja, tapi mak mama ni cekal, dia pandai menjana duit dalam keluarga. Dia akan bekerja dirumah, cam jahit baju, buat masak-memasak.

Tak apalah, walau apa pun yg terjadi sesungguhnya mama sangat sayangkan mak mama. Dulu masa mama belum menjadi seorang ibu, mama tak tahu sangat erti kasih yang mendalam seorang ibu, tapi bila mama dah lalui zaman mengandung dan alah mengandung yang teruk, zaman perihnya nak bersalin yang perlu mengucap 2 kalimah syahadah sebelum masuk ke dewan bersalin dan dewan bedah tu, masa teruknya kena bangun menyusukan anak-anak, teruknya masa anak-anak jatuh sakit yang perlu berjaga malam, dan sakitnya bila mengalami bengkak susu, uruskan anak-anak sekolah, makan n main bersama anak-anak. mama sedar, betapa besarnya jiwa dan kekuatan seorang ibu. Sesungguhnya, mama sangat-sangat berterima kasih pada mak mama yang telah berkorban semuanya demi anak-anaknya yang tercinta. Sebab itu jugalah mama dan abah kini sanggup berulang alik ke Sungai Petani setiap hujung minggu kerana mama dan abah sangat menghargai ibu dan bapa mama (tok n tokwan) sebelum kehilangan buat selamanya. Sebab itu jugalah abah menolak tawaran untuk belajar ke oversea apabila abah pernah berkata kepada mama bahawa dia mmg sudah anak yatim dari kecil lagi, dan dia tidak mahu kehilangan ibu dan bapa mama apabila memikirkan semuanya. Sebab itu mama sangat sayang kat abah. I Luv U so much abah. Moga kita juga akan kekal bahagia macam tok ngan tokwan Arif...

Ucapan mama, Semoga mak dan setiap ibu di dunia ini mendapat balasan yang baik dari ALLAH S.W.T. Aminn.....

Mak,
Terima kasih mak,
Kerana jasa mak padaku selama ini,
Mak telah berjuang melahirkan dan membesarkan ku di dunia ini,
Mak mendidik diriku dengan kemewahan kasih sayang mak,
Sesungguhnya, tiada mampu ku membalas segala jasamu,
Aku mengharapkan kasihmu hingga ke syurga,
Semoga kebahagiaan menjadi milik kita bersama,
Mak,
Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu,
Tiada kata yang mampu ku lafazkan,
Betapa aku menyayangi kedua ibu bapaku,
Semoga kita semua beroleh rahmat dari Yang Maha Esa,
AMIN....

No comments:

Post a Comment