Tuesday, November 17, 2009

AL-FATIHAH buat PM Shuib

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog sebab sibuk dgn tugas seharian.

N3 kali ni adalah untuk makluman kawan2 mama yg berada jauh di negara luar.

AL-FATIHAH buat Prof. Madya Mohd Shuib Salleh. Beliau telah pun pergi meninggalkan kita semua pada 16 November 2009 jam 5.30 petang. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.....


PM Shuib di barisan hadapan, duduk di tengah.
Ni gambar lama kami masa tahun 2005.
Mama di barisan belakang, sebelah kiri sekali.

Tuesday, October 13, 2009

LaGaK MoDeL

Assalamualaikum..,

Hari ni kisah anak mama yg agak nakal. Namanya Zakiah. Hehehe..klasik nama anak mama ni. Si Zakiah ni, suka mengusik abg dia Arif. Suka jugak buat lawak spontan. Paling mama tak tahan, Zakiah suka menangis (bak kata orang utara KERIAU) kuat-kuat. Tambah pulak bila dia teramatlah mengantuk dan mintak susu badan lagi la kuat dia keriau. Naik serabut kepala mama ngan abah.
Ok, ni time mama snap gambar2 lawak Zakiah jadi model stiker Tom & Jerry milik abg dia. Gambar-gambar mama mungkin kurang elok sbb semuanya mama pakai main snap guna hpon mama saja.
Time ni sebenarnya, Arif sibuk ambik stiker Tom & Jerry dia lekat kat almari baju dia. Elok lepas saja habis si abang pelekat semuanya, si adik mula la nak ngusik abg dia. Adik tu siap koyak balik semua stiker abg dia pelekat kat badan dia. Dari bacaan fikiran mama lah kan, adik mungkin akan buat abang marah kat dia tapi bila abg tengok adik buat cam tu, abang tak jadi marah tapi tergelak-gelak kat adik. Mama pun tergelak sama. Adik yg mula nak abang dia marah kat dia pun mula tergelak jugak. Adoi la adik. Ni antara keletah adik yg sempat mama snap.

Aksi-aksi Zakiah lagak model. Sangat nakal suka nyakat orang nih! Hihihihi...


Lepas siap lekat kat badan, adik lekat kat lembu dia pulak jadi model. Hihihi...adik...adik...kalau la lembu tu betui2 hidup, siap la adik. Mungkin adik kena kerja ngan dia ataupun dia akan kata terima kasih Zakiah sbb bagi peluang dia pun jadi model.
Hahahahaha......

Monday, October 5, 2009

05 Oktober 2009

Assalamualaikum...,

Hari ni adalah 05hb Okt 2009. Hari ni genap lah usia Adik Zakiah 2 tahun setengah dan Abang Arif 4 tahun 8 bulan. Mama lahirkan adik pada 05 April 2007 dan abang pada 05 Februari 2005. Dah besar pun anak-anak mama. Tapi adik Zakiah masih lagi susu badan. Camana nih? Emmm....macam mana pun tak apalah. janji kedua-duanya cemerlang dunia dan akhirat. Sihat tubuh badan, fizikal dan mental. Masa sebelum sampai umur hari ni (051009) ni lagi, abg dah pandai baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dengan lancar. Adik pun sebelum umur 2 tahun setengah ni jugak dah tahu baca Bismilah dengan baik.

Pesan mama, jangan nakal-nakal. Mama letih lah nak ligan. Huhuhuhu....walaupun letih, mama susah jugak nak kurus. Antara adik dan abang, kena saling sayang menyayang dan tolong menolong. Bila mama nampak dua-dua anak mama baik-baik, rasa tenang sangat jiwa walaupun tersangat lah letihnya. Jom lah tgk. Ni antara gambar yg mama suka.




Wan Amirul Arif



Wan Zakiah Zahra

Mama nampak muka dua-dua anak mama ni cam sama ja waktu kecik2 dulu. Moga kedua-dua anak2 mama ni membesar dalam limpahan kasih sayang, dan menjadi anak yg soleh dan solehah. AMIN....

Monday, September 28, 2009

Hari Raya 2009

Assalammualaikum wbt.
N3 mama kali ni pasai raya ler. Raya tahun ni, mama cam biasa akan ambik cuti selama seminggu. Niat di hati nak lama lagi, tapi apakan daya, soklan exam byk sangat dok menanti mama untuk diedit dan dihantar ke Unit Exam. Huhuhuhu....
Abah pulak tahun ni tak payah la nak pohon cuti lagi. Sbb abah dah ada di 2 alam. 1 alam dia sebagai student kat Universiti ni. dan 1 lagi dia sebagai staf di Universiti ni. Tapi sebagai staf, abah akan mengajar sampai takat semester 1 2009/2010 ni sahaja. Lepas tu, abah akan cuti belajar selama 3 tahun habihkan PhD dia (Kalau habih ontime la 3 tahun tu). Doa mama semoga laluan hidup abah dipermudahkan ALLAH.
Em.... raya tahun ni, tak byk sangat gambar yg boleh diambil. Sbb dia, mama dah ada seorang cameraman yang tak bertauliah. Cameraman mama tu baru umur 4 tahun setengah dan baru boleh baca sikit2. Boleh kira sampai 100 dah. Tapi apa2 pun mama sangat sayang dan berterima kasih pada cameraman mama tu.
Em....cameraman mama tu, asyik2 ambik gambar kak ton n kak dayah kesukaan dia saja. Emm...tak apalah camana pun.
Ceritera pasai Cameraman/jurufoto mama ni. Asyik dok ambik gambar sana sini, bila bateri camera tu dah habih, si Arif nak buang dalam longkang camera tu sbb dia kata camera dia dah rosak. Alahai Arif, sib baik abah nampak. Bila abah tanya, arif kata kat abah camera arif dah rosaklah abah, dah takleh ambik gambar dah ni. Cuba abah tengok. Alahai, si abah pun tgk rupa2nya bateri dah habis. Abah pun terangkanlah kat Arif yg camera ni cam h/pon juga. Bila bateri dah habih, kena lah caj balik. Ooo....cam tu, barulah Arif faham. Selamat camera mama yg dah dekat rosak sbb digunakan sepenuhnya oleh cameraman mama yg pakai main "keroneih ja mana-mana button" yg patut sbb nak baca belum tau sangat lagi. baru sikit2 boleh baca. Huhuhuhu...
Nanti bila mama dapat balik camera tu, mama akan upload gambar yg diambil oleh Arif. Buat masa sekarang, camera tu Arif kata dah jadi hak milik dia. Huhuhuhu....nampak gayanya mama kena beli lain la...kena mula simpan duit nak beli kamera baru nih....
Wassalam.
Lupa pulak mama, tarikh hari raya aidilfitri tahun ni adalah 20/09/2009. (20092009). Lawa je tarikhnya.