Monday, October 4, 2010

Result PTK mama.....

Aslmkum....,
Lamanya dah mama tak update blog ni. Disebabkan ketiadaan mood sbb bz? Ya jugak. sbb malas? Ya jugak. sbb kesihatan kurang memuaskan? Ya jugak.
Alahai byknya alasan mama. Apa2 pun ni untuk kenang-kenangan Arif n adik. Oklah, mama nak cerita kat sini bahawa selepas balik ka sebelum pi Kursus Pemantapan Jati Diri di Hat Yai ka entah la tak ingat lagi dah mama. Tapi yg pastinya, perkara ni berlaku dalam bulan Oktober 2010.
Alhamdulillah, mama dah dapat result PTK mama yang ditunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah, mama dapat 4 kali ni. Ini bermakna, overall PTK mama adalah 4 dan 4. Syukur sangat2 sbb ALLAH dah permudahkan urusan mama.
Emm...demi anak2 mama, dan untuk naik gaji mama ke Paras 2 (P2T?) satu lagi tugasan mama kena buat. Mama kena hadir ke BTN. Lepas tu, insyaALLAH, leh lah naik sikit gaji mama.
hihihi...itulah, Arif, suka sangat mintak mama n abah belikan robot itu, robot ini lah dan pelbagai jenis robot. Adik Zakiah pulak suka mintak mama belikan minyak wangi untuk dia, sampai mama n abang naik pening dgn minyak wangi adik. huhuhuhu.....
tak apalah, sebenarnya, ni adalah ketentuan ALLAH. Setiap rezeki yang datang itu adalah dariNYA juga dan atas usaha kita sebagai manusia.
InsyaALLAH, mama akan ke BTN pada 24-28 November 2010 ini. Semoga mama akan terus berjaya dalam usaha mama. Amin....
Wasslam.