Wednesday, February 17, 2010

Taman Belia @ Penang - entah kali ke berapa entah la...

Assalamualaikum...
Kali ni n3 mama pasai Taman Belia kat Penang. Taman Belia ni letaknya dekat ngan Kebun Bunga (waterfall) Penang. Emm....taman belia ni adalah tempat mama dan pakcik Arif main masa zaman kami kecik2 lagi (Belum sekolah lagi). Sekarang zaman anak2 mama pulak main kat sini. Zaman mama kecik2 dulu, tak ada kolam mandi lagi, cuma ada taman permainan sahaja tapi sekarang Taman Belia sangat best.
Emm....kami sekeluarga pi Taman Belia ni pada 6 Feb 2010. Sehari selepas Birthday Arif. Tak tahulah ni kali ke berapa kami ke sini. Kami sekeluarga mmg kerap sangat ke sini untuk riadah. Rasanya sebulan sekali mesti datang la ke Taman Belia ni. Yang penting bila datang sini, mesti happy dan rileks.
Tapi sebelum datang ke Taman Belia, mama ngan abah mesti pekena nasi kandar dulu. Kali ni kat kedai favourite mama. Kalau abah suka makan kat kedai nasi kandar sultan, kat king street, tapi mama pulak suka kat kedai sebelah masjid Kapitan Keling.
Jomlah layan gambar2 kami.
*Kalau ada kawan2 mama yang nak pi santai2 kat Penang bawak anak2, mama syorkan tempat ni. Kita rileks, anak pun suka.
Kedai nasi kandar favourite mama...

Lokasi kedai nasi kandar favourite mama ni letaknya di sebelah Masjid Kapitan Keling

Di hadapan Masjid Kapitan Keling. Salah satu tarikan pelancong di Pulau Mutiara nih...


Mandi manda di Taman Belia


Danish yang sangat takutkan air teragak-agak nak mandi...asyik perhatikan abah besar, arif n zakiah sahaja yg mandi...



Tok dah sibuk.... mula cari nasi utk cucu2 kesayangan dia nak suap sambil2 depa mandi manda


Suasana yang nyaman dan damai kat Taman Belia. Penuh alam kehijauan

Zakiah temankan Danish mandi di kolam yg cetek....huhuhu


Laju Arif laju lagi...

hahahaha....Zakiah....goyang pinggul dan lirikan matamu....ohhh

Lawan lompat katak, katak mana lagi laju, katak mana lagi kembang....hahahahaha...

Zakiah dgn pelampung spiderman dia...spiderwomen tadak arrr....


Akhirnya, Danish berani jugak mandi.....mmg terkenal dgn penakut air


Zakiah yg nakal...

Lapaq ni..., mesti kena cari nasi nih...

Peace Arif...

3 beranak dalam air....hanya mama kat atas

3 beranak lagi...

Wajah ceria tok ngan wan. I luv u mak abah..semoga dilindungi ALLAH sentiasa...Amin....


Main Air di Bukit Merah

Assalamualaikum....
Kali ni mama nak abadikan gambar2 adik ngan abang masa pi Bukit Merah.Kami pergi pada Tahun Baru Cina 14/2/2010 (Ahad). Rasanya pukui 2 lebih kami bertolak. Sampai tak tgk jam la masa tu, sbb mama pun semangat sangat (hehehe).
Pengalaman ni kali pertama, kami semua baik mama, abah, tok, tokwan, arif n zakiah ke Bukit Merah. Selama ni...pernah dengar org cerita sahaja. Emm...semua bak kata tu semangat lah. Dari luar parking penuh. Wah cam best saja.
Ok, masuk dalam, Ooohhh, macam ni ka yang diceritakan kan orang. Emm....tak jadilah mama nak mandi sama. Orang terlampaulah ramainya. Kolam pun ada 3 sahaja yang mama nampak. Kalau ada yg lain mama tataulah. Tapi itu yg mama nampak sahaja. Air cetek. Mungkin ada yg dalam tapi sbb dgn budak2 takleh la nak pi ke area dalam. Air pulak panas dan tak sejuk mungkin disbbkan cuaca yang panas hari tu dan kurang pulak pokok2 besar sebagai kawasan teduhan.
Em..dari pandangan mama, sekiranya mama diberikan tiket percuma, mama akan fikir byk kali nak pi ka dak sbb mama hampir pengsan dan demam lepas balik dari sana sbb terlampau berjemur panas. Tapi buat masa sekarang, mama tak mau pi la. Akan datang, kalau atas permintaan Arif n Zakiah, mungkin mama akan pertimbangkan.
Komen mama pasai tempat ni, ok la untuk budak2 (anak2) tapi untuk mama takmau pi dah. Cuaca sangat panas, pokok2 besar pun tak ada, paip air di tepi-tepi kolam or pokok pun tak ada, susah la sikit. Semua tempat penuh org sampai naik hitam dalam kolam penuh ngan kepala manusia yg ramai tu...huhuhu..., ada Gazebo tapi sapa yang nak duduk kena charge ye...pelampung pun kena caj ya...hohoho....bak kata semuanya kena duit la. Hati dari bersemangat yang sangat mekar tu bertukar jadi layu bukan sbb bayaran semua2 tu, tapi sbb kolam tak banyak, orang ramai, air tak sejuk, tempat berteduh semua penuh, kena la mama dgn tok bertenggek di pokok yg lebih rendah dari paras mama berdiri dan cuaca pula yang sangat panas.
Minggu depan (27/2/2010) kawan2 sekolah teknik lama abah dulu ada buat reunion kat sana bawa family semua. Memulanya abah kata nak pergi, tapi memandangkan suasana hari tu yang terlalu sesak disebabkan cuti umum, mama dan abah awai2 lagi dah buat keputusan tak akan pergi. Buat demam ja...(mama saja yg demam nih)
Baik mama ajak abah ke Taman Belia Penang, suasana damai, pokok2 besar, suasana mmg sesangat nyaman dan betui2 boleh merehatkan minda sesiapa yg penat seharian bekerja. Air kolam byk dan sejuk. Cuma tak ada la mainan dalam air cam Bukit Merah. Semua ni free ja.
Apa2 pun, jomlah tgk gambar2 anak2 mama yang mmg suka sangat main air.
Arif n Zakiah yang sangat semangat...

Letih...sini saja yang teduh

ramainya orang......


Arif berjemur panas dalam air...huhuhu...


Zakiah yang sangat aktif


Abah ngan Zakiah nak pi mana ya?


Jom pi sana pulak...


Arif ngan pelampung berbentuk no.8 yang sangat besar dari Arif


Mana pi pelampung adik?...


Kat kolam ni ada ombak. Tapi tak real dgn ciptaan Yg Maha Esa


Jom turun gelongsor air...


Sempat baring


Naik merelikh anak dara mama ni bila main air tgh2 panas


Mama...air ni masin lah....hahaha...zakiah pi rasa air ni sapa suruh....


Abg....bila nak stop ni....mama dah letih la...

Masih semangat lagi anak teruna mama ni...aduhai....letihnya mama

Ada sapa mau tomoi ngan Arif???...hahahaha..

Tarian Naga - sempat baling buah limau kat pengunjung


Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir utk Mama n Arif

Assalamualaikum...,

Hari ni genaplah umur anak sulung mama ni berumur 5 tahun dalam tahun Masihi ni. Birthday mama semalam (4 feb). Hari ni turn Arif pulak (5 feb). Kalau ikut tahun Hijrah, dah lepas dah umur Arif 5 tahun. Emm...doa mama untuk anak mama semoga Arif sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH s.w.t. Sesungguhnya mama sangat sayang anak-anak mama lebih dari nyawa mama ni.

Sempena hari jadi Arif ni, atas permintaan Arif, Arif nak buat Majlis Hari Jadi dia di sekolah dia macam tahun lepas jugak. Ok, tak apalah, mama setuju sbb Arif nak belanja kawan-kawan baru dia makan kek birthday dia dan bagi ole-ole kat kawan-kawan sekolah baru dia ni. Emmm.....pada malam 4 feb tu sibuk lah si mama dan si adik membungkus ole-ole utk Arif bagi kat kawan-kawan dia di sekolah esoknya. Masa tu zakiah rajin sangat dan mama rasa cam dok sibuk bab2 bunga telur ja utk Arif kahwin esok. Huhuhuhu.....lambat lagi la mama.

Seperti tahun lepas jugak, tahun ni Arif pilih tema warna kek dia warna favourite dia la lagi. Warna PURPLE, walau pun kek Arif tu kek yang simple dan biasa-biasa ja.



Selamat Hari Lahir Arif. Mama sayang sangat2 anak-anak mama. Muuaahhh....



Arif tgk2 kek dia...


Sabar Arif, sabar, mama tolong Arif ya...


Arif tgk camera sat...


OK, siap sedia nak potong na...


Arif jamu kawan-kawan makan kek birthday dia...happy dia..

Arif tolong cikgu-cikgu dia bagi kek kat kawan-kawan


Baru nak mula makan...masih bersih muka Arif. Jgn lupa baca bismilah ya sayang...


Dah mula makan....Alahai anak omak....


uh..uh...uh...anak omak

ahaks...kawan Arif..Rozaimi...

Emm...ni lah Alia Nabila, kawan Arif yang syer makan secamca dari kecik dgn Arif. Orangnya kurus dan comei sangat, agaknya camca tu suap byk kat Arif kot... sbb tu la Arif hehehe...

Lagi kawan Arif...yang ni namanya Ahfam kalau tak salah mama la...