Wednesday, December 9, 2009

Hehehe...penakutnya

Assalamualaikum...
Lama sangat dah mama tak update blog kita ni kan? (abang n adik).
Hehehhe...sebenarnya n3 mama hari ni, tiada gambar apa2. Cuma mama nak cerita kat adik n abang yang malam semalam (08 Disember 2009), mama berjaya jugak tidur sendirian di rumah hanya dgn abang dan adik sahaja. Al kisahnya, kita terpaksa tiduq hanya bertiga di rumah disebabkan abah yg dah ke Bangkok pagi semalam. Abah ke sana selama 4 hari atas urusan kerja. Nak dijadikan cerita, tok ngan tokwan yg sepatutnya datang temankan kita (mama, abang n adik) petang semalam tak dapat datang sebab keretapi pukul 3.00 petang dari Sg. Petani ke Arau dibatalkan. Huhuhuhu.....jenuh jugak la mama malam semalam mintak adik tidoq awai. Adik ni nakal sikit, Arif dah ok, siap2 ambik tempat masing-masing, tapi si adik ni, asyik dok main lagi.
Emm...., sedih jugak bila mama dengar adik kata kat abg dia cam ni. "Abang, abang..., adik nak abah". Abang pulak 5 minit sekali asyik tanya mama bila abah nak balik dan mama tolong telefon kat abah sat. Tok ngan tokwan nak mai ni sampai pukui berapa? Jenuh jugak la mama menjawab semua2 ni.
Akhirnya....alhamdulillah, berjaya jugak kita tiduq malam tadi bertiga.
Hehehe...sebenarnya, mama belum pernah tidoq sorang-sorang di rumah tanpa ditemani sesiapa pun. Dulu-dulu masa mama kat universiti pun, kalau roomate mama dah balik awai ke kampung, tinggai la mama sorang-sorang, pasti mama akan usung bantai tidoq kat Cik Pah (Latifah Abdullah). hehehe...mama ni penakut sikit. Selalu pikir yg bukan2. Mama paling takut ialah kalau org pecah masuk. Adoi....jem kepala bila pikiaq2 cam tu. Penakutnya mama ni...
Tapi apa pun, mulai sekarang, mama kena belajar jadi berani. Mama dah ada abang n adik. Dan untuk abah, kalau nak pi outstation lama-lama, jgn lupa beli tiket lebih untuk kami bertiga ya.... Mama sanggup ambik cuti tahunan. Hehehehe...
Wassalam. Sekianlah ceritera mama yg penakut dah berjaya harungi satu malam bersama hero dan heroin mama tanpa abah, tok or tokwan temankan. Hihihihi...