Monday, September 28, 2009

Hari Raya 2009

Assalammualaikum wbt.
N3 mama kali ni pasai raya ler. Raya tahun ni, mama cam biasa akan ambik cuti selama seminggu. Niat di hati nak lama lagi, tapi apakan daya, soklan exam byk sangat dok menanti mama untuk diedit dan dihantar ke Unit Exam. Huhuhuhu....
Abah pulak tahun ni tak payah la nak pohon cuti lagi. Sbb abah dah ada di 2 alam. 1 alam dia sebagai student kat Universiti ni. dan 1 lagi dia sebagai staf di Universiti ni. Tapi sebagai staf, abah akan mengajar sampai takat semester 1 2009/2010 ni sahaja. Lepas tu, abah akan cuti belajar selama 3 tahun habihkan PhD dia (Kalau habih ontime la 3 tahun tu). Doa mama semoga laluan hidup abah dipermudahkan ALLAH.
Em.... raya tahun ni, tak byk sangat gambar yg boleh diambil. Sbb dia, mama dah ada seorang cameraman yang tak bertauliah. Cameraman mama tu baru umur 4 tahun setengah dan baru boleh baca sikit2. Boleh kira sampai 100 dah. Tapi apa2 pun mama sangat sayang dan berterima kasih pada cameraman mama tu.
Em....cameraman mama tu, asyik2 ambik gambar kak ton n kak dayah kesukaan dia saja. Emm...tak apalah camana pun.
Ceritera pasai Cameraman/jurufoto mama ni. Asyik dok ambik gambar sana sini, bila bateri camera tu dah habih, si Arif nak buang dalam longkang camera tu sbb dia kata camera dia dah rosak. Alahai Arif, sib baik abah nampak. Bila abah tanya, arif kata kat abah camera arif dah rosaklah abah, dah takleh ambik gambar dah ni. Cuba abah tengok. Alahai, si abah pun tgk rupa2nya bateri dah habis. Abah pun terangkanlah kat Arif yg camera ni cam h/pon juga. Bila bateri dah habih, kena lah caj balik. Ooo....cam tu, barulah Arif faham. Selamat camera mama yg dah dekat rosak sbb digunakan sepenuhnya oleh cameraman mama yg pakai main "keroneih ja mana-mana button" yg patut sbb nak baca belum tau sangat lagi. baru sikit2 boleh baca. Huhuhuhu...
Nanti bila mama dapat balik camera tu, mama akan upload gambar yg diambil oleh Arif. Buat masa sekarang, camera tu Arif kata dah jadi hak milik dia. Huhuhuhu....nampak gayanya mama kena beli lain la...kena mula simpan duit nak beli kamera baru nih....
Wassalam.
Lupa pulak mama, tarikh hari raya aidilfitri tahun ni adalah 20/09/2009. (20092009). Lawa je tarikhnya.

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Gambar raya thn lepas (2008 = 4 Syawal 1429)
Assalamualaikum...,

Sempena Syawal yg akan menjelma tak lama lagi, kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat Islam. Kami sekeluarga juga menyusun jari memohon kemaafan dari semua kawan-kawan dan kenalan. Semoga semua amalan kita di bulan Ramadhan diterimaNYA.
Buat kawan2 semua, berhati-hatilah semasa memandu.
Wassalam.

Wednesday, September 2, 2009

Lembu Hijau, Lembu Merah, Kena "PAU", Jgn Marah arrr....

Assalamualaikum...,
Emmm..., bila pi beli baju raya, mama ngan abah kena "pau" ngan abang dan adik untuk belikan lembu mainan ni. Emm....tu la lembu-lembu ternakan abang dan adik...sihat...gemuk...tapi kenapa aarrr lembu-lembu tu warnanya hijau dan merah ya??? Pelik tapi benar...hehehehe....




EpiSoD BaJU RaYa AbaNg DaN AdiK

Assalamualaikum...,

Ha, inilah baju raya abang ngan adik untuk dipakai pada Hari Raya tahun 2009M/ 1430H. Pada hari raya pertama dah tentula abang akan pakai baju melayu dan adik pulak pakai baju kurung. Tapi dalam n3 mama ni tak ada gambar baju melayu abang n baju kurung adik sbb dok kat kedai jahit lagi ya. Eh, silap la, adik tahun ni tak pakai baju kurung tapi baju sama ngan baju mama jugak tapi mama upah buat seluar panjang. Ha, gambar tak ada lagi ya. Yang ada gambar baju-baju untuk dipakai pada hari raya kedua, ketiga, dan .... Baju raya abang ngan adik tahun ni, mama dan abah beli kat Parkson, SP dan juga Billion, SP. Mama tak penting sangat branded2 ni, pakai main pilih mana yg terasa berkenan ja. Mama pun tak ada tema apa2 warna tahun ni, tapi waktu beli tak kisah sangat warna apa untuk adik dan warna apa untuk abg. Lepas tu, bila dah bawak balik, baru perasan rupanya abang dan adik boleh pakai warna yang sama. Jomlah, tengok...





Ni, kasut raya adik. Yang abang punya tak beli lagi ya.