Monday, June 7, 2010

Luahan Hati...

Assalamualaikum....


Dah lama mama tak menulis, mungkin disebabkan kesibukan kerja mama dan juga mama mengalami alahan sekarang ini. Walau macam mana pun syukur alhamdulillah, mama tak alah kuat sangat macam memula mama pregnant kan Arif or adik Zakiah. Kali ni, tak dak lah mama berlari masuk toilet di opis sebab rasa nak termuntah. Kali ni mama cuma rasa diawal pagi sahaja. Mudah-mudahan, kandungan mama kali ni menjadi. Amin....


Sebenarnya, mungkin mama kurang alah tetapi mama byk cabaran. Mulai hari Khamis ini (10 Jun 2010) mama akan bertugas sebagai Penolong Pendaftar (Pegawai Tadbir) di Jabatan Pembangunan. Apa perasaan mama?


Mama suka sbb mama boleh multi skill tapi jauh di sudut hati mama terasa sedih la jugak nak meninggalkan PPK Bahan yg dah lama mama berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di sini. Banyak benda yg mama bangunkan di sini. Dah lebih dari 7 tahun mama duduk di kerusi ini. Mama sedih sbb byk sistem fail yg dah diperkemas ni dari idea mama untuk kemudahan mama jugak. Walau macam mana pun mama sangat gembira kerana mama tidak akan pening kepala dan sakit jiwa pasai memikirkan bidang akademik yang tak habih2 ni. Macam2 benda mama buat. Dari aspek kewangan, hinggalah kepada siasatan pelajar tak bayar hutang, pelajar ambik subjek tak cukup, pelajar tak layak bergraduat, nak up markah pelajar mana yg patut, dan macam2 lagi la.....huhuhu....mmg sakit kepala...

Mama tak pasti sejauh mana tugas baru mama tapi yg pastinya mama perlu uruskan segala urusan tender. Byk cubaan tu..., insyaALLAH, mama akan cuba buat yg terbaik.
Begitulah perasaan hati mama sekarang ini yg bercampur baur macam-macam sangat benda. Hihihi...pernah mama melawak dgn abah, kata kalau bawak kereta pajero (yg sekarang mama bawak) ni nampak brutal n sepatutnya kena duduk di pembagunan baru la elok. (pembangunan=jabatan pembangunan). Tak sangka percakapan mama menjadi kenyataan. mama dapat surat pertukaran tempat bertugas pada 04 Jun 2010 untuk mula bertugas di tempat baru mulai 10 Jun 2010 ini...Semoga mama berjaya di tempat baru nanti....Amin...




No comments:

Post a Comment