Assalamualaikum....
Kali ni mama nak abadikan gambar2 adik ngan abang masa pi Bukit Merah.Kami pergi pada Tahun Baru Cina 14/2/2010 (Ahad). Rasanya pukui 2 lebih kami bertolak. Sampai tak tgk jam la masa tu, sbb mama pun semangat sangat (hehehe).
Pengalaman ni kali pertama, kami semua baik mama, abah, tok, tokwan, arif n zakiah ke Bukit Merah. Selama ni...pernah dengar org cerita sahaja. Emm...semua bak kata tu semangat lah. Dari luar parking penuh. Wah cam best saja.
Ok, masuk dalam, Ooohhh, macam ni ka yang diceritakan kan orang. Emm....tak jadilah mama nak mandi sama. Orang terlampaulah ramainya. Kolam pun ada 3 sahaja yang mama nampak. Kalau ada yg lain mama tataulah. Tapi itu yg mama nampak sahaja. Air cetek. Mungkin ada yg dalam tapi sbb dgn budak2 takleh la nak pi ke area dalam. Air pulak panas dan tak sejuk mungkin disbbkan cuaca yang panas hari tu dan kurang pulak pokok2 besar sebagai kawasan teduhan.
Em..dari pandangan mama, sekiranya mama diberikan tiket percuma, mama akan fikir byk kali nak pi ka dak sbb mama hampir pengsan dan demam lepas balik dari sana sbb terlampau berjemur panas. Tapi buat masa sekarang, mama tak mau pi la. Akan datang, kalau atas permintaan Arif n Zakiah, mungkin mama akan pertimbangkan.
Komen mama pasai tempat ni, ok la untuk budak2 (anak2) tapi untuk mama takmau pi dah. Cuaca sangat panas, pokok2 besar pun tak ada, paip air di tepi-tepi kolam or pokok pun tak ada, susah la sikit. Semua tempat penuh org sampai naik hitam dalam kolam penuh ngan kepala manusia yg ramai tu...huhuhu..., ada Gazebo tapi sapa yang nak duduk kena charge ye...pelampung pun kena caj ya...hohoho....bak kata semuanya kena duit la. Hati dari bersemangat yang sangat mekar tu bertukar jadi layu bukan sbb bayaran semua2 tu, tapi sbb kolam tak banyak, orang ramai, air tak sejuk, tempat berteduh semua penuh, kena la mama dgn tok bertenggek di pokok yg lebih rendah dari paras mama berdiri dan cuaca pula yang sangat panas.
Minggu depan (27/2/2010) kawan2 sekolah teknik lama abah dulu ada buat reunion kat sana bawa family semua. Memulanya abah kata nak pergi, tapi memandangkan suasana hari tu yang terlalu sesak disebabkan cuti umum, mama dan abah awai2 lagi dah buat keputusan tak akan pergi. Buat demam ja...(mama saja yg demam nih)
Baik mama ajak abah ke Taman Belia Penang, suasana damai, pokok2 besar, suasana mmg sesangat nyaman dan betui2 boleh merehatkan minda sesiapa yg penat seharian bekerja. Air kolam byk dan sejuk. Cuma tak ada la mainan dalam air cam Bukit Merah. Semua ni free ja.
Apa2 pun, jomlah tgk gambar2 anak2 mama yang mmg suka sangat main air.
Letih...sini saja yang teduh
ramainya orang......
Arif berjemur panas dalam air...huhuhu...
Zakiah yang sangat aktif
Abah ngan Zakiah nak pi mana ya?
No comments:
Post a Comment