Aslmkum...,
Lama sangat dah mama tak update blog mama ni. Sebenarnya keadaan yang tidak mengizinkan mama mengupdate blog ni.
Oklah,
mama teruskan untuk kenang-kenangan Arif di masa depan.
Pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2010 ini ialah jatuh pada 04 Januari 2010. Hari memula tu, mama seperti tahun lepas jugak, mama kejutkan Abah untuk kejutkan Arif untuk pergi sekolah. Dah lama bercuti kan....
Tahun ni dah masuk tahun 2010. Arif akan masuk usia dia 5 tahun pada bulan februari ni. memandangkan Arif kena tadika lagi pada usia 6 tahun (2011) tahun depan, mama dgn abah tak mau paksa Arif sangat2, sbb risau dia akan jadi bosan nanti.
Emm.....bila Arif dikejutkan mama ngan abah...dgn nada separuh mengantuk, mama dengar Arif jawab Arif tak mau sekolah dah la mama kat sekolah lama tu. Aduh...terkejut la mama dengar. Dalam fikiran mama asyik berfikir, di mana mama patut cari sekolah baru waktu semua org dah mula masuk sekolah. Tak apalah, mama kata hari ni Arif tak payah pi lagi sbb Cikgu terima budak2 baru. Arif dah jadi pelajar lama. Mmg dulu pun cikgu kata, arif pi hari kedua or ketiga pun tak apa.
Ok, mama seperti biasa terus ke pejabat. Mama tinggalkan Arif dgn abah di rumah. Mama kerja tima pejabat. Kenalah ikut waktu. Abah pulak tak ada masalah sbb abah dah jadi pelajar sekarang ni. Tak payah la kalut2 nak pergi opis lagi.
Emm....di pejabat, mama asyik fikirkan pasal Arif. Mana mama nak cari sekolah baru ni. Mungkin hari ni mama boleh pujuk Arif untuk pi sekolah lama dia (Tadika Kemas). Mama sayang sangat sekolah tadika kemas Arif tu. Mmg elok dan bagus. Arif pandai membaca sikit-sikit dalam usia 4 tahun pun disebabkan sekolah tu. Banyak jasa cikgu-cikgu kat situ. (Cikgu Darini dan Cikgu Yati).
Dalam pukul 10.30 pagi mama call abah tanya abah camana Arif nak pergi dak lagi sekolah. kalau dia nak pergi, mama akan hantar dia sekarang. Tak kisahla walaupun lambat. Sbb hari ni hari first, tak belajar apa2 pun lagi. Abah bagitau mama, Arif mmg tekad takmau pi dah sekolah lama dia. Arif bagitau dia nak pergi sekolah besar (sekolah rendah dah lah tu).
Kusut mama pikiaq2 mana la sekolah besar yang mama nak cari. Kalau nak masuk sekolah pra, Arif baru 5 tahun, ada ka sekolah pra untuk budak2 5 tahun.
Tak apa. mama balik rumah jugak pukul 10.30 pagi tu. Mama belikan suap Arif makan roti canai pagi tu, sambil pujuk2 dia ke tadika lama. Arif tegas tetap takmau pi sekolah lama dia.
Ok, mama ngan abah ambik keputusan untuk bawak Arif pi sekolah PASTI kat area jejawi. Arif pi melawat sekitarnya, dua sekolah PASTI mama bawak pi, tapi Arif kata dia takmau. Ok, mama dgn abah dah letih pujuk Arif. Mama dan abah terus hantar Arif pi rumah mak.
Bila Arif dah turun pi rumah mak, mama ajak abah pi tanya mana2 sekolah rendah yang boleh terima budak 5 tahun untuk masuk sekolah pra. Memula, kami berdua ke Sek. Kubang Gajah. Malangnya, jawapan dia kata dah penuh. Dari info cikgu kat situ, dia bagitau kata sekolah pra dalam maktab perguruan ada ambik budak 5 tahun dan masih lagi kosong.
Kami berdua bergegas ke sekolah tu. Tunggu sekejap dalam setengah jam, lepas budak2 habih sekolah, mama ngan abah tanya la cikgu2 pra kat situ. Jawapannya dah penuh 50 orang pelajar. tapi ada jugak yang tak datang lagi. Mungkin dari situ ada kekosongan. buat masa lani mmg dah penuh.
Hampanya harapan mama ngan abah nak bagi Arif sekolah, sbb Arif nak sekolah besar.
Ok, mama dah letih sesangat. Yalah, dalam keadaan mama yang sedang mengandung ni sangat la letihnya. mama ajak abah pi makan dulu. Tepat pukul 1.00 petang, mama ajak abah ke sekolah keb. jejawi. Mungkin di situ ada rezeki Arif mama kata.
Ok, abah kata sekarang time rehat, mungkin dah tak ada org. mama kata oklah tapi mama tetap nak pi jugak. Emm....terus abah pandu pi sekolah tu. Dah sampai disitu, walaupun time rehat dan ketika tu pintu pejabat ditutup, mama tetap jugak bukak pintu pejabat tu dan bertanya pada cikgu yang ada di dalam tu. Alhamdulillah, cikgu tu sedia membantu mama dan abah. Cikgu tu telefon cikgu pra kat situ. Dia maklumkan masih lagi ambik budak2 yang umur 5 tahun untuk pra. Alhamdulillah byk2 ketika tu. mama dan abah terus ke kawasan kelas pra untuk berjumpa dengan cikgu pra tersebut. Cikgu tu maklumkan apa yang perlu dibawa dan pakaian Arif. Alhamdulillah sangat2.
Ok, lega mama dan abah sbb Arif dah dapat masuk sekolah besar (sekolah rendah) yang macam dia nak tu. mama ngan abah terus ke rumah mak ambik arif untuk ke pekan kangar pulak nak beli baju sekolah. Lengkaplah Arif semuanya.
Esoknya 5 Jan 2010, Arif mua bersekolah di kelas pra 5 tahun di sek. keb. jejawi. Memula tu susah sangat, Arif buat hal kat sekolah. Mungkin keadaan baru lagi. Mama sambil dukung si zakiah dan abah yg dok pujuk Arif tu buat kering ja terus tinggalkan arif di sekolah. Arif mmg marah sangat. Pukui 12 tgh hari Arif balik sekolah. mama pergi ambik, Arif kata best kat sekolah baru ni mama. lega sangat dengar. dalam hati mama berdoa mudah-mudahan Arif menjadi orang yang bijaksana dan anak yg soleh.
Balik tu, mama bawak Arif pi melawat cikgu sekolah lama Arif. Arif turun salam2 ngan cikgu. Arif bagitau kat cikgu dia yang Arif dah masuk sekolah besar dah.
Pastu kami terus balik ke rumah mak. Mama terus balik ke opis semula.
Dan mulai hari mama dan abah tinggalkan arif dalam keadaan menangis kat sekolah baru tu, Arif dah ok ke sekolah dan Arif sangat suka dengan sekolah baru dia.
Dan hari ni, buku-buku masih belum dapat lagi, mungkin cikgu baru (Cikgu Rohana) ada mengajar lagu-lagu kat budak2 pra tu. Arif dah pandai menyanyai lagu-lagu yang mama menyanyi semasa mama di alam tadika dahulu.
***Semoga Arif menjadi anak yang soleh dan bijaksana. Semoga sejahtera hidup Arif di dunia dan akhirat***
No comments:
Post a Comment