Monday, August 24, 2009

KeNanGaN RaMaDHaN

Assalamualaikum,

N3 mama kali ni pasai bulan Ramadhan. Untuk pengetahuan Arif n Zakiah. Mama suka sangat bulan Ramadhan ni. Rasa sayu saja di bulan ni dan rasa terlalu lah sayang sangat pada bulan ni. Bulan ni semua umat Islam berpuasa. Tapi ada jugak yg tak puasa. Wahai kawan2 yang membaca blog ini, kalaulah ada yang tidak berpuasa, insaflah kerana bulan ni ALLAH bagi segalanya pada kita. dan kita sebagai hambaNya pula haruslah patuh pada arahannya.

Oklah, tu cerita bab mama abg adik yang sayang sangat pada bulan Ramadhan ni. Ok, untuk kenang-kenangan abg dan adik bila besar nanti dan kalau ada membaca blog mama ni lagi, ingatlah bahawa pada 1 ramadhan 1429 tahun lepas lah, genap setahun untuk Ramadhan tahun ini abah abang dan adik bawak kereta jatuh sungai (tali air yang besar lah jugak). Waktu tu, mama dan abang adik ada di Sungai Petani kat rumah tok tokwan. Abah balik seorang dari SP ke Perlis. Sian abah, nak simpan kereta kesayangan dia (kereta RA lah) waktu tu kat Perlis, sbb Avanza ada di SP, abah akan balik dan ambik kita semua (mama, abang dan adik) balik ke Perlis ngan Avanza dari SP.
Nak dijadikan cerita, malam tu (sebelum kejadian) adalah abah bagitau mama yang abah nak balik Perlis simpan kereta RA abah tu. Mama kata ok. Abah ada kata nak bawak Arif sama dgn abah. Sbb abah nak bagi Arif rasa naik bas waktu balik dari Perlis ke SP. Almaklumlah Arif belum pernah naik bas.
Keesokkan paginya, lepas sahur dan subuh, abah nak bertolak balik. Abah kata nak bawak Arif. Mama kata jgnlah bawak Arif. Tinggal lah dia ngan mama. Abah ok. Balik lah seorang diri. On the way dekat sampai rumah kita kat Perlis, entahlah nak ditakdirkan ALLAH, abah pandu kereta tu terbabas, terbalik-balik dan terus terbalik sekali lagi di dalam tali air tu dengan keempat-empat tayar naik ke atas.

Ini, cerita abah pada mama buat renungan anak2 mama bila besar nanti ya. Betapa besarnya kasih kami pada anak2 kami yang tercinta.

Semasa kereta terbabas terus dan terus terjun ke sungai (tali air) tu, kereta telah terbalik di atas jalan. Badan abah mmg sakit dan terhempap sana sini. Abah kata nasib baik dia tak pengsan bila kepala terhempap. Kemudian dalam sekelip mata kereta dah jatuh dalam sungai dan tenggelam sikit2 dalam air. Keadaan masa tu sangat takut tapi abah masih lagi blur-blur sbb kepala dan badan yang terhempap sana sini. Abah kata waktu masuk dalam air tu, mmg takut sangat sbb tak nampak apa2 pun sbb air tu keruh (warna coklat). Enjin kereta pun dah mati. Kereta tenggelam perlahan-lahan. Badan dan kepala abah mmg sakit sangat. Abah waktu tu cuba bukak pintu kereta tapi tak boleh sbb tekanan air yg kuat dari luar buat kereta tu tak boleh bukak pintu. Akhirnya kereta dah landing elok dalam air dengan tayar keempat-empat naik ke atas. Bumbung kereta lekat di lumpur dalam sungai tu. Abah kata, waktu tu dia hanya mampu berdoa dan mengucap kalimah syahadah. Abah kata dia sempat jugak merenung yg dia akan mati dalam usia muda tetapi dalam masa yg sama abah teringatkan kita semua terutamanya anak-anak dia yg bakal jadi anak yatim. Abah kata, dia tak sampai hati tgk keadaan Arif ngan Zakiah kiranya jadi anak yatim. Dengan izin ALLAH, abah dapat kekuatan untuk cari jalan keluar.

Dalam kekuatan tu, abah cuba membuka tingkap kereta untuk membenarkan ruang udara dalam kereta tu dapat dipenuhi air. Waktu tu abah kata nasib abah baik sbb tu kereta lama. Tingkap jenis kena bukak manual. Abah bukak lah sikit utk bagi air masuk pelahan2 penuhkan dalam kereta. Abah kata, bila air dah penuh, baru abah boleh keluar. Waktu abah duduk dalam kereta, abah duduk di bumbung kereta sbb kereta dalam keadaan terbalik. Jadi, tingkap kereta ada di bawah dekat lumpur. Bila air dekat nak penuh, abah mengucap banyak2 dan tarik nafas panjang2 dan terus selam ke bawah mencari tingkap. Mungkin kita semua akan jadi tanya tanya camana saiz badan abah yg besar boleh keluar dari tingkap yg kecil tu. Mama tanya abah soalan yg sama pada abah. Abah kata, itulah kekuasaan ALLAH. Abah pun tak tahu. Tapi abah kata, mmg mudah lah jugak utk abah keluar, mungkin sbb dalam air licin kot abah kata beserta pertolongan ALLAH, semuanya jadi mudah waktu tu . Abah kata, air tu gatal sangat. Mungkin sbb air bendang kot. Tapi abah kata, kalau tingkap automatik, mungkin susah sbb ada tinted yang susah nak pecahkan. Nak bukak mmg dah tak boleh sbb enjin dah mati. Selepas keluar dari tingkap, abah terus berenang ke tepi jalan raya. Abah naik ke bahu jalan.

Orang ramai yang nampak kereta abah terbalik dalam sungai tu tanya kat abah berkali-kali ada lagi tak org lain dalam kereta tu. Abah jawab tak ada. Org ramai2 tu tanya soalan yg sama lagi dgn nada yg kuat dan garang sbb takut abah masih blur2 takleh ingat ka, apa ka. Abah jawab tak ada. Hanya saya seorang saja naik kereta tu. Alahmdulillah, Arif tak ikut sama. Kalau tak mmg susah lagi keadaan tu.

Bila dah di darat, abah merenung tgk keadaan kereta dia. Sempat lagi abah fikirkan barang-barang apa yg berharga ada dalam kereta tu. Abah teringat pulak laptop universiti dia ada dalam kereta. Abah cuba selam sekali lagi keluarkan laptop dia. Tapi akhirnya laptop dia tu takleh guna dah. H/pon abah hilang. Abah sempat mintak h/pon dari orang ramai untuk maklumkan hal ini pada mama sahaja sbb abah hanya ingat nombor telefon mama. Mama terkejut dengar berita tu tapi lega dengar abah tak ada apa2. Mama mintak abah buat laporan polis hal tu. Abah bagitau yg dia nak jumpa kawan dia mekanik kereta dulu. Abah tumpang orang ramai ke kedai mekanik Chik (kawan sekelas dia dulu). Chik bawak abah balik rumah (sib baik cari kunci rumah waktu ambik laptop dalam air tu jumpak) dan lepas tu pergi ke balai polis. Di balai polis, byk wartawan tunggu. Semua nya dok sibuk interview abah. Abah kata jgn masukkan gambar abah sudah la. hehehehee.....glamour sekejap abah.

Petang tu, abah buka posa dgn jiran kami iaitu abah Fizi. Waktu tu mama Fizi tak duduk di Perlis lagi. Esoknya, penuh semua jenis paper ada cerita pasai abah. Kalau paper Metro tajuk utama lagi waktu tu...PENSYARAH, BAGAI MATI HIDUP SEMULA. Ada gambar kereta terbalik dalam air. Mama di kampung dah mmg putus hubungan ngan abah sekejap sbb abah tak ada h/pon. Semua kawan2 abah, sedara mara abah, sedara mara mama telefon kat mama tanya perkhabaran abah. Terima kasih atas keprihatinan semua. Telefon mama tak henti berdering. Hehehe...mama jadi reporter sekejap arrr.... Mama beli paper hari tu, tunjuk gambar tu kat Arif, tanya ni kereta sapa? Arif jawab Abah. Pasai pa abah bawak masuk sungai? Sesungguhnya Arif mmg tak tahu lagi berita ni. Zakiah lagi lah tau apa2 sbb baru setahun lebih sikit.

Alhamdulillah, abah sihat hingga kini. Tapi peristiwa tu tak mungkin kami berdua boleh lupakan. Mungkin itu petunjuk dari ALLAH. Kasih sayang menguatkan kita sekeluarga. Semoga berkekalan. Aminnn......

Inilah kereta yg dipandu abah semasa jatuh dalam sungai. Kalau tak salah mama, ni gambar kereta selepas kejadian tu. Mmg kereta tu elok sangat. Tak ada cacat celanya walaupun dah terbalik 2-3 kali. Sbb tu abah sayang sangat kereta ni.

1 comment:

  1. Liza, aku terbaca gak kisah tu dlm paper...aku tak sangka yg tu keta hubby hang...alhamdulillah...semua selamat...

    ReplyDelete