Ni gambar lama kami la... Aku (tengah) ngan 2 sahabat baik aku. Kamaliah (baju kuning) dan Haniza (Baju merah). Gambar ni waktu sepupu aku ngan adik kamaliah kahwin. Waktu tu aku dah kahwin. Arif pun dah ada. Niza ngan kamaliah waktu tu belum kahwin lagi. (sekarang ni, aku dah gemuk...huhuhu...sedihnya)
Kami berkawan rapat hingga sekarang. Masing2 dah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Kebetulan anak2 sulung kami bertiga ni lelaki dan anak kedua kami perempuan. Mungkin sehati sejiwa kot. Em..sebenarnya itu rezeki dari ALLAH..
Hubungan kami amat rapat. Sampai semua famili masing-masing kenai dan mak abah kami masing-masing pun jadi kawan.
Perkenalan kami bermula semasa kami sama-sama menuntut di SMK Ibrahim Sg.Petani waktu upper 6 (zaman STPM). Waktu di lower 6 aku kurang kenal dengan kamaliah n niza ni sbb aku masuk lambat sbb lambat dapat surat tukar sekolah dari Penang. Lagipun kelas lain2.
Kami mula rapat sbb waktu di upper 6 hanya kami 4 org sahaja pelajar melayu dalam kelas tu. seorang lagi tu namanya zuraini. Aku tak pernah jumpa dia lepas dia masuk universiti. Dia pun dah pindah rumah. Terus putus hubungan.
ok, cerita pasai niza ni, kami rapat hingga kini. macam saudara. rumah mak dia pulak dekat sangat ngan rumah mak aku. Dalam geng kami, dia lah paling pandai n paling rajin. Niza ni selalu jugak aku jumpak sbb dia kerja kat SP. Dulu kami naik moto sama2 ke skolah. Aku guna moto jenis RG Sport Suzuki . Hihihi....teringat zaman kena tahan polis.. Niza juga yg tenangkan aku. Kami kena saman daa....Apa taknya, no plat moto aku tu kecik (kerja adik aku ni). Dah tu siap polis tu bagitau yg dia selalu ligan kami tapi terlepas. Aku bawak laju lah kot waktu tu....atau pun polis tu saja cerita cam tu nak takutkan aku. Polis suruh kami bukak no. plat moto tu kat tepi jalan tgh2 hari panas terik. Aku tak leh bukak..Huk..huk..huk..aku menangis. Niza juga yg bukak....sib baik dia jenis cool. Ceritanya hari tu, balik dari sekolah, moto tadak no plat.
Pasai kamaliah pulak ni, dia ni kelakar sangat orangnya. Aku ngan dia lepas STPM pernah pegi ambik sijil komputer sama ngan dia. Niza tak ada waktu ni sbb dia dah masuk U. Kami ni jenis nakal sikit...lambat lah sikit masuk U. Hehehe...tapi aku tetap tak terar sangat pun pasai komputer ni...Kat U pun aku tak ambik bidang komputer ni sbb tak minat pun. Lani kamaliah kerja di KL. Jarang2 lah sikit jumpa dia. Sbb kami baik, aku n family aku cubalah jodohkan adik dia ngan sepupu aku. Adik niza tak boleh sbb rasanya dah bertunang waktu tu. Alhamdulillah, sampai sekarang sepupu aku tu bahagia. Dah anak dua pun. Aik, dah sama ngan kami ni?
Sampai sekarang kami semua masih berhubung...semoga persahabatan kami kekal hingga ke anak cucu... Aminn....
No comments:
Post a Comment