Lama berkurunnya mama x update blog mama ni. Sebab lama x update sbb hpon mama selalu rosak.
x apalah, bukan nak cerita bab itu. tajuk pun x sama.
Saat mama menaip tentang cerita sedih yang meruntun jiwa ini, ayaq mata mama x pernah kering. Dengarlah wahai anak2 mama, andainya suatu hari nanti mama dah x ada, jgn lupa doakan utk tokwan ya. 29 Januari 2016 (19 Rabiuakhir 1437) Jumaat, jam 3.40 pagi, Tokwan, pergi dijemput Penciptanya buat selama-lamanya.
Innalillahhirojiun buat abah mama tercinta.
Mungkin mama x mampu nak menaip. Sebelum tokwan meninggal, tokwan ada lama di Perlis dengan kita. lebih kurang 3 minggu lamanya pada bulan Disember 2015.
Tokwan dgn tok mai rumah teman mama dan cucu2 kesayangan dia sementara abah pi umrah dar 01 Disember 2015 hinggalah 17 Disember 2015. pastu lebih kurang seminggu tokwan ke KL untuk ke IJN. Pastu balik dari IJN tokwan balik semula ke Perlis. Rupanya itu adalah yg terakhir tokwan mai Perlis.
Bermulalah alam persekolahan tahun 2016. Adam pun dah mula sekolah tahun 2016. Hari pertama Adam sekolah, tokwan ambik Adam balik sekolah haritu.
Tokwan Tok balik ke Sg Petani. Urusan harian. Tokwan jatuh, dadanya terhempas ke palang beli. Tokwan menanggung sakit lebih kurang 3 minggu bila tau dadanya patah. Minggu terakhir sebelum tokwan hembuskan nafas yang terakhir, Rabu, malam semeasa dalam perjalanan pulang dari meniaga, Tokwan dah bagitau tok yang tokwan akan pergi buat selamanya. Tapi tok cuba memujuk tokwan. Janganlah berkata macam tu sbb mak tokwan pun masih ada dan kuat hingga sekarang. Umur pun dah cecah 90 tahun. Tokwan diam seketika.
Esoknya Khamis, 28 Januari 2016, jam 10.30 pagi, mama ada telefon tokwan dan tok. Mama rasa sangat bersyukur ketika tu sbb mama dengar suara tokwan sangat ceria dan seronok. Belum pernah mama dengar suara tokwan se seronok macam pagi tu. Sehinggakan mama tanya tokwan " Abah ni sihat ka dak ni? Syok lebih dan ceria sangat ni? " Tokwan jawab " Sihat, alhamdulillah" pastu sembang sekejap dengan tokwan, mama sembang dgn tok pulak. Selepas solat Mahgrib, tokwan ajak tok pi beli TV, sbb TV di rumah tokwan rosak.
x dapat beli pun tv. semuanya mahai. lepas balik dari servey2 tv tu, tokwan aktiviti mcm biasa, makan roti cicah gulai ikan dgn tok. pastu tokwan pi rehat dan tidoq. tidoq tokwan x lama, tokwan sakit. Penat, bernafas x lepas pakcik bagitau. Masa tu mama masih di Perlis. Yalah, mama ingat tokwan sihat dan ceria. Pakcik dan tok pun x telefon bagitau sbb tokwan cuma sakit biasa sahaja. Jam 2.00 pagi, tokwan minta dibawakan ke Hospital. Sebelum ke hospital, tokwan pegang tangan menantunya makcik yang tgh sarat mmg nak bersalin dah. tokwan bgtau makcik, "Abah pi hospital ni, abah x balik dah na". tokwan kata kat baby dlm perut makcik, lambat sangat nak tunggu cucu ni keluar, tokwan pi dululah, nanti keluar ganti tokwan.
Dalam perjalanan ke hospital, tokwan mintak pakcik bawak kereta slow sikit sbb jalan terhentak, sakit dada tokwan. Sepanjang jalan tu mmg tokwan asyik mengucap x henti. Batuk dan penat semakin kuat.
Sampai di Hospital, tokwan masuk ke bahagian kecemasan. Kat Kecemasan, tokwan dimasukkan gas ikut mulutnya, sebelum masuk gas, tokwan bagitau kat doktor untuk dia nak mengucap dahulu. doktor benarkan. Selepas masuk gas, tokwan x sedar diri dah. Tok menanti di luar. Bila Doktor keluar, tok berpesan pada doktor untuk ajarkan tokwan mengucap bila tokwan sedar nanti. Dr bagitau tok " x apa makcik, biasanya mmg pihak kami akan ajar semua pesakit islam mengucap, tapi dalam kes pakcik ni, pakcik yang mengucap sendiri tanpa kami ajaq dia sebentar tadi". Tok dah penat, panggil pakcik. Pakcik dah call mama, dah jam 3.20 pagi. Abah jawab, abah kejutkan mama, kata "adik telefon tadi, bagitau kata jantung abah (tokwan) dah berhenti, tapi dr belum kata meninggal lagi" mama terkejut. Abah suruh mama siap2 balik segera. Abah bangun sembahyang sunat. mama siap2 semua, Abah suruh mama sembahyang sunat, mudahkan urusan abah (tokwan). Mohon pada Allah. Adik (pakcik) call lagi, bagitau kata abah (tokwan) dah x ada. Mama menangis.
mama gerak anak2 mama, mintak siap2 sbb nak balik sg petani lani jugak. tokwan sakit. anak2 mama baik x membantah. Yalah tiba2 dengar nak balik sungai petani, mestilah seronok dapat jumpa tok ngan tokwan. Anak2 mama x tau pun kata tokwan depa dah x ada. Abah pesan jgn bagitau depa. nanti depa menangis susah nak bawak keta.
Akhirnya, bila sampai di R&R Gurun, mama bagitau kat Arif dan Zakiah. Arif dan Zakiah dah besar, Alangkah hibanya hati depa berdua x terucap. Hanya menangis.
Akhirnya kami sampai di SP. Sebaik masuk sahaja ke dalam rumah, azan subuh berkemandang. mama terus pi tgk tokwan. X tertahan sebak bagai nak pitam pun ada. Tapi mama kena kuat sbb tok lagi sedih. Mama x mau tok pulak yg jatuh sakit.
Tokwan disembahyangkan dan dikebumikan sebelum solat Jumaat hari tu. Alhamdulillah, semua urusan tokwan dipermudahkan ALLAH.
AL-FATIHAH buat abah mama (tokwan) yang tercinta. Pergimu hanya hilang di mata kami, tapi dalam ingatan kami x pernah sedetik pun lupakan abah. Tiada dah lawak jenaka dari seorang tokwan, tiada dah tokwan yang selalu layan cucu-cucunya meronda naik motor ke kedai, tiada dah abah yang menjadi penasihat untuk anak dan menantunya.
Moga roh tokwan bersama-sama roh orang-orang yang soleh dan moga kubur tokwan menjadi sebahagian dari tanam-tanam syugamu YA ALLAH. Amin.
Akhirnya, bila sampai di R&R Gurun, mama bagitau kat Arif dan Zakiah. Arif dan Zakiah dah besar, Alangkah hibanya hati depa berdua x terucap. Hanya menangis.
Akhirnya kami sampai di SP. Sebaik masuk sahaja ke dalam rumah, azan subuh berkemandang. mama terus pi tgk tokwan. X tertahan sebak bagai nak pitam pun ada. Tapi mama kena kuat sbb tok lagi sedih. Mama x mau tok pulak yg jatuh sakit.
Tokwan disembahyangkan dan dikebumikan sebelum solat Jumaat hari tu. Alhamdulillah, semua urusan tokwan dipermudahkan ALLAH.
AL-FATIHAH buat abah mama (tokwan) yang tercinta. Pergimu hanya hilang di mata kami, tapi dalam ingatan kami x pernah sedetik pun lupakan abah. Tiada dah lawak jenaka dari seorang tokwan, tiada dah tokwan yang selalu layan cucu-cucunya meronda naik motor ke kedai, tiada dah abah yang menjadi penasihat untuk anak dan menantunya.
Moga roh tokwan bersama-sama roh orang-orang yang soleh dan moga kubur tokwan menjadi sebahagian dari tanam-tanam syugamu YA ALLAH. Amin.
Abah mama yang tercinta. Selagi hayat mama dikandung badan, selagi itulah mama akan sentiasa kirimkan doa buat abah.
Selamat tinggal Abah. Moga kita berjumpa di syurga ALLAH nanti. InsyaALLAH.