Thursday, May 3, 2012

8 Tahun telah berlalu....

Assalammualaikum...,

Dah lama sangat mama x update blog ni. Bukan tanda mama lupa nak rekodkan kenangan bersama tapi kemampuan nak menulis di blog belum ada....hihihi...ayat mama...

Oklah, sebenarnya kalau ikut tahun masihi semalam 02 Mei 2012 adalah tahun ke-8 mama dan abah berkahwin. Tapi sebenarnya, mama tak berapa suka sangat nak ingat tarikh ni sbb masa mama kahwin dulu mama bukan nak tarikh ni tapi yg mama nak adalah pada tarikh ni di tahun 2004 dulu adalah bersamaan dengan 12 Rabiuawal iaitu Hari Maulidur Rasul. Sbb tu lah mama nak diijabkabulkan dengan abah pada tarikh itu. Kalau ikutkan kalender Hijrah dah lama dah mama dan abah kahwin, dah pun melepasi 8 tahun lebih. Cuma tarikh ikut tahun Masihi yang belum sampai....

Apa2 pun tarikh, yg penting, mama doakan kebahagian mama dan abah disamping 3 orang anak yg tercinta. Semoga kekal bahagia di dunia n akhirat.....
AMIN....



Hihihi....ni bukan jari mama ya...gambar ni mama ambil dari google....
8 tahun telah berlalu...